Sunday, June 16, 2013

Pen Mutiara Curry House

Sesiapa yang sampai Penang mesti mai pekena Kari Kepala ikan di Pen Mutiara. Selain rasa kari yang memang super duper sedap. Ditambah dengan suasana yang best, kedengaran bunyi air terjun dan dihidangakan dengan live band mereka..memang syok tau... berpeluh-peluh makan...

Lokasi luar Pen Mutiara
 
Semestinya kena oder Kari Kepala Ikan Merah...sedap!!!
 
Oh ye...lokasi restoran ni terletak di:
Restoran Pen Mutiara
D/A Pelabuhan LKIM Batu Maung, Batu Maung, 19600 Penang
Contact ☎ 04-6264615
 
 

Hidangan Siput bakar di Yob Siput Bakar Penang

Seminggu yang lepas saya berada di Penang atas urusan kerja. Sambil menyelam minum air, pastinya tempat makan yang best dan unik akan saya kunjungi. Saya ditemani kawan-kawan penang singgah di kedai Yob Siput Bakar. Gerai ni menawarkan pelbagai jenis siput dan kerang dengan cara masakan ala kampung nelayan di Perak iaitu dibakar menggunakan tempurung.

Lokasi gerainya agak tersembunyi namun kedai Yob Siput Bakar di Jalan Akuarium, Gelugor mesti dikunjungi kepada peminat makanan laut terutamanya siput dan kerang. Semamangnya anda akan merasai kesegaran semula jadi serta rasanya yang istimewa...

Yob Siput Bakar dibuka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Ahad. Kesemua jenis menu dijual dengan harga RM7 bagi setengah kilogram.


Banner depan gerai
 
Antara menu di gerai YOB Siput Bakar
 
 Anak Ketam goreng
 
 Siput Unam

 Kerang Bulu
 

 Siput Sudu/ Kupang
 
Siput Duri
 

Lepas tengok semua ni, berani tak korang nak makan...hehehe...memang teruk bagi sesiapa yang first time makan. Macam saya la...

Thursday, June 6, 2013

Baju raya

Puasa dah nak dekat. Dah habis ganti puasa ke belum ye? Alhamdulilah saya sudah. Sesiapa yang belum tu kena cepat-cepat ganti ye. Ramadan tinggal beberapa hari je lagi kan. Cerita pasal baju raya. Saya tak beli lagi baru raya. Plan tahun ni nak pakai warna pink? hehehe tapi tak cerita lagi dengan en suami. Tak tahu samaada dia suka ke tidak. Tapi saya dah buat 3 pihilan warna yang akan saya cakapkan dengan en suami. Yang pertama pink....kalau dia reject, tukar pilihan kedua iaitu biru turquoise...hehehe kenapa biru turquoise? sebab saya nak matchkan dengan tudung warna pink. Cantik kan. Dan kalau dia tak suka jugak pilihan terakhir ialah warna hitam....hehehe

Saya nak cari baju siap je. Rasanya dah tak ada masa nak beli kain dan hantar jahit. Tentu tak ada tukang jahit pon sanggup nak ambil kan. Tapi, itu tak jadi masalah bagi saya, sebab badan saya tak ada masalah untuk cari baju yang ready made.

Saya nak cari baju lace macam yang scha alya pakai ni. Cantik kan. kalau dapat warna pink / biru pun ok gak... Baju melayu lelaki senang je nak cari. En suami tak suka baju teluk belanga. dan saya jugak tak suka tengok dia pakai baju teluk belang macam awal pakai ni, tak sesuaiiii. Saya akan pilih baju cekak musang untuk dia.




Resepi Puding Triffle

Saya dapat resepi ni dari kawan office. Makan puding yang dia buat sangat sedap terus mintak resepi. Dah try buat 2 adunan. Anak-anak suka sangat. Kat sini saya beri resepi dia.. tapi saya lupa nak tangkap gambar puding saya. Esok kalau saya buat lagi saya akan update gambar tu disini. Selamat mencuba ya...  

Saya ambil pic dari google, tapi saya punya seaakan mcm ni la...



1. lapisan bawah
Saya guna kek gulung swiss london perasa kopi dan vanila

 
2. lapisan tengah
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • air buah koktail saya letak untuk basahkan kek gulung tadi(tapis buah untuk lapisan atas)
 3. lapisan atas
  • 1 kotak kristal jelly (strawbery)
  • 1 gelas air panas
  • 1 tin koktail buahan campuran
 cara-cara :
  • hiris dan susun kek gulung pd lapisan bawah sekali.
  • panaskn lapisan tengah sehingga menjadi pekat dan likat. kemudian tuang di atas lapisan kek tadi sehingga kek tenggelam.
  • taburkan koktail buahan keatas lapisan tengah. campurkan kristal jelly ke dlm air panas dan kacau.setelah larut, tuang kristal jelly ke atas buahan tadi.
  • tunggu sehingga jelly betul-betul keras dan boleh la di hidang.
Selamat mencuba....


Resepi Lempok Durian Mak Mentua

 Sila mecuba resepi Lempok Durian Mak Mentua Saya ya...

 

1. Mula-mula kupas buah durian, masukkan buah yang dikupas tu dalam besen.
 
2. Buang sebanyak yang mungkin biji durian. Tinggalkan isi je dalam besen tu
 
3. Masukkan is buah durian tadi dalam kuali besar. Masak atas kayu api ...bukan dapur gas okeyy.
 
4. Kacau isi durian dan masukkan 3 genggam gula. (gula ikut suka le)
 
5. Kacau lagi dan lagi dan lagi....sampai isi jadi likat macam dodol. Kacau kena rata-rata takut hangus.
 
6. Buang saki baki biji yang tinggal. Biji durian mengeluarkan minyak nye sendiri, so kita boleh tengok minyak tu ada dalam kuali, cantik je kilat bila lempuk tu dah menjadi.
 
7. Siap la lempuk kita, angkat kuali, buat kepal-kepal sebesar penumbuk. Senang nak agih-agihkan kan jiran tertangga.....tu kalau stok memang niat nak bagi kat orang la hahahaha. Nak cantik lagi silalah jemur lempuk yang telah dikepalkan tadi, letak dalam dulang...
 
Selesai.....selamat mencuba...

Cara nak popularkan blog.

Tip ni saya copy dari blog carl samsudin. Ni just untuk note saya supaya blog saya jadi famous...saya dah 4 tahun berblog tapi tak sampai 500 pageview pon. Kebanyakaan saya je yang view kot...hahaha. Tapi tak pe saya harap dengan nota yang saya copy ni membolehkan blog saya famous...insyaallah (Tapi saya dan edit sikit supaya jadi lebih simple, sebab saya just nak buat nota apa yang perlu dibuat kemudian hari)
 
1. URL.
URL (uniform resource locator) ini macam address blog korang lah. Macam adress rumah lah. Bila adress rumah bersimpul-simpul sampai nak menyebut pon tergeliat lidah orang pon nak cari rumah korang susah. Sampai sesat then last-last malas nak datang rumah korang. Same goes to korang punya blog.
 
2. Tajuk Entry.
Tajuk entry ini amat penting. Tajuk entry ini macam 1st impression orang terhadap apa yang korang akan karangkan.
Tajuk entry ini ibarat korang punya blog's header. Lebih menarik lebih orang berminat nak baca kan.
Contoh macam tajuk berita dalam surat khabar atau majalah. Kadang-kadang gempak gila sebab nak tarik perhatian orang baca entry itu. Jangan lah kasi tajuk panjang berjela-jela sampai pening orang nak baca. Itu baru tajuk entry. Tapi jangan lah sampai tajuk entry mengarut-mengarut. Mentang-mentang orang suka baca yang sensored-sensored ini. Entry pasal makanan pon korang buat tajuk lucah. noob!
 
3. Entry Harus Bersesuaian Dengan Tajuk Entry.
If tajuk entry korang dah gempak. Isi pon kene la gempak jugak. Jangan la tajuk je gempak tapi isi entah apa-apa. Jangan jadi blog korang indah rupa dari khabar. Tak best la macam tu kan. Lama-lama orang bosan orang pon dah malas nak baca blog korang. Jangan lah jadi blog tu macam blog lucah. Hari-hari nak story -lucah-lucah. Nak tarik perhatian orang gamaknya dengan bermain dengan SEO. Tak habis-habis nak masukkan words 3gp, malam pertama, virgin dan macam-macam lagi lah. noob jugak!

4. Ejaan Mesti FULL.
Korang kan dah biasa ber'sms'. Ayat mesti nak short habis punya. Sebab nak jimat space nak kasi muat-muat je satu page and takut nanti kene charge 2 page pulak. Tapi belog ini korang tulis la panjang mana pon tetap akan jadi satu page dan tak perlu nak kene bayar kan. So buat la ejaan korang tu full-full ok? Apa yang penting if ejaan full? Actually ini amat penting bila berkait dengan Search Engine seperti Google, Yahoo dan bermacam lagi. If guna ejaan-ejaan yang tak full, memang orang tak sampai la ke belog korang bila dia mencari sesuatu info. Ada ke orang search kat Google ' Tmpat2 prcutian yg best dkat Msia '. Ada? Ada? Ada? Manew adew kanzzz. haha!

5. Header.
Bagi aku la if aku nak rate belog tu best ke tak mesti aku tengok header dulu. Kadang-kadang rasa header ni tak penting kan? Tapi ingat tak pasal 'first impression'? Header ini merupakan first impression la orang datang ke belog kita. Its up to korang la nak buat header macamana, nak color apa. Tapi korang mestila buat pixel dalam header korang tu ngam-ngam cun. Ini ada header yang tak sharp. Kabur jek. So try-try la main-main dengan adobe photoshop or adobe illustrator untuk buat header ok. Jangan main hentam jek! Ingat tu. *header blog aku sekarang ini tengah bermasalah, senget pulak tu. Belom ada masa nak betolkan*.

6. Gambar/Image.
Mana lagi best? Blog yang ada gambar-gambar dalam entry dia or just tulisan je penuh? Mestila yang ada gambar kan? Atleast penat-penat membaca, gambar-gambar yang dihidangkan tu boleh dijadikan alat untuk merehatkan otak. Tapi gambar ini kene logik jugak dengan entry korang. Jangan pulak cerita pasal kucing korang letak gajah. Lagi satu gambar-gambar korang pon kene la best jugak. Untuk blogger yang jadikan blog dia personal blog aku cadangkan korang dapatkan kamera yang berkualiti. Biar gambar-gambar korang tu lebih menarik dan sedap mata memandang. Untuk berjaya perlukan pengorbanan.

7. Duit.
Kebanyakan orang zaman sekarang buat blog sebab tahu yang dari blog ini boleh dapat duit. Tapi ada
jugak yang cakap memang hobby dia berblogging. Tak mengharapkan duit sangat pon. Tapi still letak iklan Nuffnang dekat blog dia. Bullshit orang macam tu! If korang ada hobby pon tapi takda pulangan memang lama-lama hobby korang sehangat-hangat tahi ayam jek. So macamana nak dapatkan duit dari berblog? Nuffnang ada jalan penyelesaianya. Daftarla dengan Nuffnang dengan segera!
 
8. Identiti.
Blog-blog yang femes SEMESTINYA ada kelaianan identiti yang tersendiri. Contohnya Zack Zuhairi
dengan kartun-kartun romantik sedih dia. Siapa yang ada lagi blog macam Zack? Dia sorang je kan.
Nampak tak identiti yang dibawak oleh Zack tu? Macam tu lah orang berminat nak pergi ke blog korang.
 Latest yang aku perasan blog Maria Elena Zarul yang banyak bermain dengan video-video yang menarik
 tentang kehidupan dia. Nampak tak? Identiti blog adalah amat penting!
 
9. Bermesra
Macamana nak bermesra dalam dunia blogging ini? Kan ada chat box. Kan ada ruangan komen.
Dan setiap blogger ada facebook sendiri. Apa salahnya bermesra-mesra di situ dengan blogger-blogger
lain. If korang nak lagi best cuba bermesra dengan blogger-blogger femes. Tak susah pon kan.
So far alhamdulillah aku mampu make a friend dengan beberapa blogger femes yang ada diantara
diorang dah jadi kawan rapat aku. Dan dari situ aku nampak sedikit sebanyak membantu menaikan
blog aku. If aku boleh buat korang yang hebat pasti boleh buat kan? Just make a friend bukanya make
love!

Wednesday, June 5, 2013

Wonder Glow Tiru Esther

Product Wonder Glow Basic Set (Paket Cream S-M + Sabun) yang saya beli dengan harga 100 ringgit sebenarnya adalah product Esther yang telah terjual banyak di Indonesia dengan harga Rp. 75.000,- = RM 30 . Ia juga mengandungi (Paket Cream S-M + Sabun).

 
 
Bagaimana saya dapat tahu krim WG adalah sebenarnya krim Esther?
 
Biar saya cerita dahulu bagaimana saya mula-mula membeli krim WG. Saya beli  kerana saya telah melihat kepada paparan screen shoot oleh penjual mengatakan product mereka telah didaftakan di (Official Portal of the National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB), Ministry of Health Malaysia).  Jadi saya merasakan ianya selamat untuk saya guna. Saya telah menghabiskan 1 set WG selama 1.5 bulan dan telah membeli 2nd set untuk bulan berikutnya berikutkan krim ini memang sesuai dengan saya dan saya sangat suka dengan krim ini.
 
Tetapi mengapa saya buat entry ini sedangkan saya sayangkan krim ini?
 
Buat pengetahuan semua, baru-baru ini saya telah pulang ke kampung. Kerana musim cuti sekolah, semua kakak dan abang saya pulang juga ke kampung. Bila dah ramai-ramai berkumpul bersama, saya menegur anak kakak saya kerana kulit muka dia sangat bersih, sedangkan 3 bulan sebelum ini, saya jumpa muka dia tak la sebegitu. Ada juga lah 3/4 jerawat batu kat muka... Dia telah menunjukkan krim yang dipakai kepada saya. Dia kata kakak saya juga baru pakai krim yang sama. Saya cuba membuka penutup krim tersebut dan menghidu bau krim tersebut. Krim tersebut memang biasa dengan saya, saya cepat-cepat mengambil krim WG saya dan buat perbandingan kedua-duanya. ini la hasilnya....
 
 
Krim WG saya dengan Krim Esther anak saudara saya... Ini adalah krim siang kami..kemudian saya buat perbandingan dengan krim malam pula..........
 
 
Ini pula adalah krim malam WG saya dan krim malam anak saudara saya..... texture serupa dan baunya juga sama 100%.
 
Saya amat terkejut dan merasa sedikit hampa dengan krim WG saya. Saya merasakan sepatutnya perkara sebegini tak terjadi pada saya. Nak mengatakan saya telah tertipu...entahlah...kakak dan anak saudara saya senyum je bila mengetahui hal ini. Perasaan saya pada waktu tu tak tak nak kata apa lah...saya pernah promote product WG kepada ahli keluarga saya tapi lepas tahu benda ni, saya jadi malu pulak...huhuhu 
 
 
Ini krim Esther anak saudara saya. Terdapat tulisan esther di keliling penutup dengan tulisan silver. Bila saya perhati krim WG saya. Saya amat terkejut dan bertambah lagi hampa dan sangat2 sedih....
 
 
Krim WG saya juga terdapat tulisan esther yang telah dipadam.....Untuk kelihatan dalam pic diatasa saya telah conteng tulisan tersebut dengan pensel....Saya mersa sangat geram, kenapa owner product ni tak tukar bekas sebaliknya menggunakan bekas yang sama tetapi hanya menanggalkan tulisan tersebut. Adakah mereka nak cepat kaya dengan berbuat seperti ini. Kalau rebranding sekalipun sepatutnya owner kosmetik WG perlu tukar dedalam bekas yang lain. Saya sebagai pengguna yang percaya terhadap krim ini telah merasa amat kecewa. Dan terus buat entry ini untuk pengguna- pengguna lain yang senasib dengan saya. Maksud saya hanya satu, saya rasa saya ada hak untuk memberitahu kepada pengguna-pengguna luar kejadian yang sebenar.
 
Untuk makluman, sebelum saya membuat entry ini, saya telah bertanyakan soalan kepada penjual yang menjual krim ini kepada saya melalu laman FB nya... Saya bertanya soalan melalui private message untuk menjaga business dia. Ini kerana krim ini memang banyak terjual secara online di Malaysia.
 
Malangnya jawapan yang saya dapati amat mendukacitakan. Soalan yang panjang lebar saya utarakan hanya dijawab...."Entahlah ye Wallahualam..." Perasaan saya amat marah ketika itu. Saya inginkan kepastikan dari dia tapi jawapan yang diberikan adalah acuh tak acuh je. Begitu ke etika seorang peniaga. Hanya tahu jual barang sahaja.
 
Setelah saya berfikir seharian mengenai ini. Esoknya saya telah post di wall ajen penjual tersebut kerana jawapan yang membuatkan saya marah. Apa lagi melentinglah dia. Dia PM saya berkali2. dia kata saya tak sepatutnya berbuat begitu, dan menganggap saya tak profesional. Dia telah delete post saya. Dia menyatakan bahawa, sebarang pertanyaan sepatutnya harus melalui PM dan bukannya di WAll. Saya masih lagi beranggapan bahawa dia masih mahu menegakkan bahawa dia adalah betul dan saya adalah salah dan menulis di wall FB nya bahawa tindakan saya tidak patut. Kalau nak diikutkan saya adalah mangsa kepada penipuan product ini. Tetapi dia memperbesarkan isu mengapa saya post soalan tersebut di wall nya....saya tak paham denga orang meniaga ni...mungkin ini adat berniaga.

Terimalah kenyataan sebenarnya walaupun iannya pahit. 
 
Walaubagaimanapun, untuk menjaga hati dan menghormati business dia saya telah delete pic dan kenyataan saya di laman FB saya. Saya juga mengharapkan dia memberikan penjelasan sebenar. Ini kerana dia telah berjanji untuk memberikan penjelasan selepas dia dapat penjelasan daripada owner product.
 
Kemudian saya telah bertanyakan samada product yang saya beli dari dia ini adalah ori. Dan dia menyatakan bahawa dia adalah ajen yang berdaftar dan sememangnya ori daripada supplier. So, kesudahanya memang saya sudah jangkakan yang produt WG ini memang mengambil product Esther sebagai mereka. Saya hanya membongkar apa yang telah berlaku melalui pengalaman saya. Saya rasa setakat ini sahaja saya dapat lakukan. Harap pengguna-pengguna product WG pertimbangkanlah sebaiknya... Product ini memang bagus, tapi perbuatan menipu adalah tidak bagus sama sekali...pengguna ada hak untuk mengetahui apa yang mereka guna....tepuk dada tanya iman....
 
Ini adalah pic yang telah saya post di wall FB penjual...
 
 
 
 
Moralnya: Lebih baik beli daripada pengeluar sebenar prodak dan tentunya harga jauh lebih murah. Wassalam....