Friday, October 18, 2013

Claim insurance kemalangan kereta

Nak dijadikan cerita balik dari cuti raya haji Selasa lepas kereta aku terbabit dengan kemalangan di kilometer 242 arah utara di kawasan Rembau was wanted yoo... hehehe...( sebenarnya sedih ni ). Dah 2 hari aku dengan laki aku mencari orang untuk tolong buat kan claim insurance kereta aku ni. Maksud aku, nak satel kereta seperti sedia kala. Memandangkan kami memang tak pernah ada pengalaman macam ni sebelum ini. Tapi lepas hari ini dapat juga hantar kereta ke workshop...tetapi ralat sikit sebab tokey tu cakap mungkin susah sikit nak cover insurance untuk kerosakan depan kereta aku... sebab kenapa? meh aku share cerita sedih aku. Dan aku harap kawan-kawan lain dapat info berguna dan jangan panik macam kami.

Firstly kalau terbabit dengan kemalangan kereta.... jangan panik, nak buat macam mana kan. kalau dak accident memang tak boleh nak elak. orang kata malang tak berbau. kalau tuhan kata accident...accident la kan. So, untuk mengelakkan keadaan bertambah rumit...

1. JANGAN PANIK, keluar dari kereta tengok ada sesiapa yang cedera. kalau ada cuba hubungi 999. then kalau boleh bawa kereta korang ke tepi supaya tidak menghalang lalu lintas.

2. AMBIL GAMBAR, sekarang semua handphone ada camera. so, sila ambil semua gambar kereta yang terlibat. aku ulangi SEMUA GAMBAR KERETA YANG TERLIBAT. kalau 10 buah kereta, korang ambik la gambar sepuluh2 sekali. (ambil gambar sekali NO PLAT kenderaan)

3. AMBIL NO TELEFON, mintak no telefon kereta depan, belakang korang. Kalau dapat semua lagi cantik...senang cerita.

4. PASTIKAN LOKASI, pastikan lokasi kemalangan berlaku. kalau lokasi kejadian di highway utara selatan, so pastikan di mana? kilometer berapa? ambil gambar papan tanda KM yang terpacak kat tepi jalan tu. senang cerita.

5. BUAT REPORT, yang ni paling penting. Untuk report silalah buat di balai traffic berhampiran dengan kawasan kemalangan. Balai traffic ye jangan buat di balai polis jenayah...ni kes macam aku la...dah sah-sah b***h punya orang yang buat report tu...Time buat report kita tak payah nak tergesa-gesa buat. Report polis boleh dibuat dalam tempoh 24 jam. so kalau malam kita accident, tak payah la dan-dan tu jugak nak buat report polis...(ni kes macam aku la ni..explain dengan polis lain si polis tu tulis lain pulak lepas tu terus print je report tu...) Kalau boleh make sure korang balik bertenang dan cuba buat karangan sediri tentang kemalangan tersebut. Sila la baca semula report yang polis tu tulis betul tak sama dengan cerita kita. keadaan kita waktu accident tu. Ini semua mempengaruhi claim insurance korang kelak.

6. PERGI WORKSHOP, workshop selalunya memang dah tahu prosedure apa yang diorang nak buat untuk claim insurance. Macam aku disebabkan kemalangan itu bukan salah aku, maka aku boleh claim insurance kereta belakang yang sondol kereta aku.