Monday, July 15, 2013

Kuih Lidah Buaya

Siapa yang tak kenal kuih ni. Kuih lidah buaya atau pun kuih tiram....Mula-mula tengok macam tak teringin nak makan. Tapi lepas tengok anak-anak makan rasalah seketul. Ngap...wah lepas tu tak berhenti-henti pulak mengunyah. Rasanya rangup je, selalunya kalau kita beli kat luar keras semacam je kan. Tapi yang ini sangat sedap.
 
Tak sangka anak-anak saya dah jadikan kuih ni sebagai kuih favorite mereka. Tiap-tiap tahun kakak saya akan bekalkan kuih ini untuk saya sekeluarga. Sebab dia memang tahu anak-anak saya sukakan kuih ini.
 
Sepanjang puasa ni saya ada bawa sampel ke ofice untuk bagi kawan-kawan saya try. Mereka kata sedap dan nak oder dari kakak. hehehe kan memang saya kata sedap, ini bukan kerana nak promosi kuih kakak saya ye...tapi memang kenyataan. Sesiapa yang nak order boleh beli melalui saya. Insyallah saya akan minta kakak saya tolong buatkan. Saya sekadar nak berkongsi rasa sedap kuih lidah buaya ini.
 

 
Sesiapa yang duduk area KL boleh SMS : 017-6998703
Sesiapa yang duduk area Mersing/Kluang/BP boleh SMS: 017-7922274
 

Sunday, July 14, 2013

Belajar Mengaji Di Al-Baghdadi Learning Center

Sudah 8 bulan Balqis belajar di Al Baghdadi Lerning Center Pandan Indah. Alhamdulilah, perkembangan dia sangat memuaskan. Selain menghantar dia ke mengikuti program SRK, saya juga menghantar Balqis ke sini juga untuk bekalan dia kemudian hari. Kaedah yang diajar di center ini amat saya puas hati. Balqis sudah pandai membaca ayat-ayat al quran. Alhamdulilah...terima kasih kepada Ustazah & Ustad yang mengajar anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
 
 
 
Berikut serba sedikit info tentang AL-BAGHDADI LEARNING CENTER. kepada siapa yang berniat nak menghantar anak-anak mereka disini, saya mememang 100% mengsyorkannya. Kaedah pembelajaran mereka amat mudah, dan cepat.
 
 
APA ITU ALC?
ALC ialah Al-Baghdadi Learning Centre. Ia merupakan pusat Pembelajaran Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi sebagai method (cara) dalam pembelajarannya.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Ianya sesuai untuk setiap golongan. Semoga Learcing Center ini terus maju jaya....

Kalau sesiapa yang nak belajar di sini boleh ambil contact number di gambar diatas tapi kalau tak berapa jelas. Ni nombornya (Ustazah Siti Rohani: 017-6788757)

Bayaran: Pendaftaran RM 75.00 & Bulanan RM 100.00
 
 
 

Smart Reader Kids Programme

Mungkin ramai ibu-bapa yang sibuk servay sekolah untuk sesi 2014 kan...lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang baru pertama kali hantar anak mereka. Saya pun macam tu juga. Lebih-lebih lagi ini adalah anak pertama saya, jadi saya mengharapkan dia boleh mengajar adik dia kemudian hari...senang sikit kerja saya..hehe...
 
Saya nak cerita tentang perkembangan anak perempuan saya, Balqis yang sedang mengikuti Program Smar Reader Kids selama 2 tahun di sana. Balqis masuk sekolah SRK pada usia dia 5 Tahun dan masih lagi bersekolah di sana pada usia dia sekarang 6 Tahun. Alhamdulilah, saya memang berpuas hati dengan perkembangan pembelajaran dia.
 
Balqis adalah di antara murid yang cemerlang di SRK Taman Putra. Kerap juga saya bertanya dengan pengetuanya, dan mendapatkan tips2 terbaik dalam membantu Balqis. Saya bukan seorang ibu yang pantau pelajaran anak saya. Memang dikatakan saya agak pemalas, hehehe...tapi saya tahu Balqis seorang anak yang pandai membahagikan masa walaupun dalam usia yang muda. Saya bukan jenis yang suka puji anak pun. Tapi saya perhatikan dia memang seorang yang bertanggungjawab. Bila balik je sekolah, bila ada homework dia akan sattlekan semua homework dulu, kemudian kemas buku sendiri dan pensil-pensil dia pun siap-siap sharp sendiri.
 
Saya tak pernah mengajar dia membaca, tapi sekarang dia sudah lancar membaca. Saya bawa dia ke kedai buku, dan dia pilih buku yang dia suka. Saya terkejut sebab dia beli buka cerita yang panjang. Hahaha...saya sibuk pilihkan buku suku kata...dia kata dia nak buku cerita puteri dengan katak...Balqis..balqis...lucu..mama sendiri pun tak tahu...

SRK Programme memang banyak bukunya. Hampir 2 tahun penuh satu rak buku dia. Setiap murid diajar secara level by level. Balqis juga sudah pandai membaca dalam Bahasa Inggeris. Dia sudah pandai bunyikan suku kata dalam english. wah!!! saya pun seumur dia dulu tak reti membaca lagi tau...Selain membaca, matapelajaran matematik dia juga bagus. Sekarang dia sudah belajar melihat Jam. Sudah pandai membuat tolak, tambah nombor sehingga 99. Kiranya saya tidak merasa bimbang untuk menghantarnya ke sekolah rendah tahun hadapan.


Balqis duduk di kanan sekali. Satu lagi info, murid dalam sekelas tak ramai dalam 10- 15 orang sahaja, jadi teacher akan lebih dekat dengan murid.

Nak tahu tentan fees Smart Reader Kids boleh ke post ini
 
 
 

Bioglo-clear pore deep cleensing mask


Ini lah dia Mask hitam yang saya guna sekarang. Baru Sabtu lepas saya beli di Cosway, setelah selesai sahaja mengambil anak saya, Balqis mengaji di Al-Baghdadi Pandan Indah. Cosway Farmasi ni betul-betul berhadapan dengan Balai Polis Pandan Indah. Sebenarnya dah lama saya nak beli mask tersebut. Dan sudah 2 kali saya pergi, tetapi product ni cepat sangat habis. Sekarang saya dah berjaya beli dengan bukan harga ahli RM32.50 (kalau harga ahli 28 tak silap hehe).
 
Sampai je di rumah, saya terus cuci muka dengan sabun pencuci muka. kemudian basuh. Oleh kerana saya malas nak wapkan muka maka saya hanya basahkan muka dengan air suam, kemudian tekap-tekap dengan kain tuala. Bila kering saya sapukan mask ni ke seluruh muka. (Pic saya lupa nak ambil sebab terlampau exited). Kemudian, biarkan selama 10-15 minit, tunggu sehingga mask di muka betul-betul kering. Anak-anak pulak over exited nak tolong tanggalkan.....so saya biarkan mereka kopek mask tersebut dari muka. Waktu process kopek ni memang sakit sikit le, lebih-lebih lagi bila terkena tang anak rambut...berair jugale mata ni...done...whitehead melekat pada mask tu. Tapi hasil tangkapan whitehead saya tak la banyak, mungkin kerana minggu lepas pergi facial muka kot...hahaha..
 
Oleh kerana hasil whitehead tak memberangsangkan...hehehe saya buat experiment pada muka suami saya...hahaha saya dah agak dah. lepas je sapu mask ke seluruh mukannya dan biarkan kering. Jeng...jeng..jeng.... memang superb....banyak giler kot....dia punyalah suka (dalam kata tak nak pada permulaannya). sampai nak pakai hari2...kikiki...

Aura White Pure Collagen

Assalamualaikum semua,
 
Saya nak kongsi cerita gembira saya setelah saya mengamalkan product Aura White Collagen. Untuk pengetahuan bagi yg baru baca, kulit muka saya adalah jenis tidak sekata, mempunya jerawat di dahi dan pipi. Tapi setelah 2 minggu saya menggunakan Aura White, tak sangka jerawat saya mulai kecut. Dan jerawat lain tak berani nak tumbuh di kulit saya...hehehe. so sekarang nampak elok sikit la kulit saya. Saya nak terus menggunakan Aura White, tengok macam mana setelah penggambilannya selama sebulan nanti. Oleh kerana sekarang adalah bulan puasa, saya ambil sebelum tidur dan sebelum sahur.  owh ye! ramai juga kawan2 yang kata kulit muka saya semakin cerah...hahaha. Saya tak menjual product ini pun, tapi kalau kesannya baik apa salahnya anda mencuba kan...
 
 
Ini Khasiat yang ada dalam Aura White:
  
  1. Produk Aura White ini adalah produk minuman inovasi terkini untuk PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGABUNGKAN 3 STEM SEL DARI TOMATO, EPAL DAN ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN.
  2. Minuman Aura White inovasi kecantikan dari teknologi Jepun yang mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia
  3. Minuman ini bukan sahaja memberi kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita.
  4. Jika kita hanya mengunakan produk kecantikkan untuk luaran tetapi tidak mengambil minuman kesihatan untuk dalaman tidak ada guna, mungkin disebabkan keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.
  5. Kepada yang mempunyai masalah keguguran rambut atau kerosakkan rambut, di syorkan ambil minuman AURA WHITE L-GLUTATHION + TILAPIA COLLAGEN+VITAMIN C+HYALURONIC ACID+TRIPLE STEMCELL PHYTOCELLTEC . Ia bukan sahaja memberi rambut anda sihat malah kulit akan jadi putih dan gebu.
  6. Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan kita. Oleh itu saya syorkan anda pengambilan minuman AURA WHITE yang dapat selesaikan masalah anda Insyallah...
  7. Ara White mempunyai kesan yang menakjubkan setelah anda mengamalkan minuman ini kelebihan yang anda akan dapat nanti ialah :-
  • 50% pencerahan ketara dalam masa 1-2 minggu
  • Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah spt Jeragat, Jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
  • Rambut lebih sihat ,halus & bersinar
  • Mengurangkan keduan & garis halusMelambatkan proses penuaan
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Meningkatkan tenaga & lebih aktif
  • Menguangkan rekahan kaki
  • Menguatkan otot, kuku dan tulang
  • Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihatItu antara kelebihan yang ada didalam Aura White
Dengan Formulasi Lebih Hebat ....Aura White Produk Anti Penuaan dan Pencerahan Berinovatif

Dengan Aura White anda boleh membuat transformasi seperti selebriti dan keluar dari keGELAPan !!!
PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER.
Sains Kecantikan Semulajadi.
UNTUK KULIT KENDUR, KUSAM, KULIT TIDAK SEKATA, TIDAK BERMAYA, JERAWAT, MALASMA, PIGMENTASI, PARUT, JERAGAT, KULIT GELAP DAN EKZEMA