Sunday, July 14, 2013

Bioglo-clear pore deep cleensing mask


Ini lah dia Mask hitam yang saya guna sekarang. Baru Sabtu lepas saya beli di Cosway, setelah selesai sahaja mengambil anak saya, Balqis mengaji di Al-Baghdadi Pandan Indah. Cosway Farmasi ni betul-betul berhadapan dengan Balai Polis Pandan Indah. Sebenarnya dah lama saya nak beli mask tersebut. Dan sudah 2 kali saya pergi, tetapi product ni cepat sangat habis. Sekarang saya dah berjaya beli dengan bukan harga ahli RM32.50 (kalau harga ahli 28 tak silap hehe).
 
Sampai je di rumah, saya terus cuci muka dengan sabun pencuci muka. kemudian basuh. Oleh kerana saya malas nak wapkan muka maka saya hanya basahkan muka dengan air suam, kemudian tekap-tekap dengan kain tuala. Bila kering saya sapukan mask ni ke seluruh muka. (Pic saya lupa nak ambil sebab terlampau exited). Kemudian, biarkan selama 10-15 minit, tunggu sehingga mask di muka betul-betul kering. Anak-anak pulak over exited nak tolong tanggalkan.....so saya biarkan mereka kopek mask tersebut dari muka. Waktu process kopek ni memang sakit sikit le, lebih-lebih lagi bila terkena tang anak rambut...berair jugale mata ni...done...whitehead melekat pada mask tu. Tapi hasil tangkapan whitehead saya tak la banyak, mungkin kerana minggu lepas pergi facial muka kot...hahaha..
 
Oleh kerana hasil whitehead tak memberangsangkan...hehehe saya buat experiment pada muka suami saya...hahaha saya dah agak dah. lepas je sapu mask ke seluruh mukannya dan biarkan kering. Jeng...jeng..jeng.... memang superb....banyak giler kot....dia punyalah suka (dalam kata tak nak pada permulaannya). sampai nak pakai hari2...kikiki...