Monday, December 10, 2018

Day 1 Bandar Ho Chi Minh Vietnam

Kami touch down Ho Chi Minh airport dalam pukul 9am. Keluar sahaja dari pemeriksaan Immigresen terus menujuk ke tempat penjual sim card. Ilham beli sim kad Vietnam dengan harga 60K dong. Cukup aku rasa dengan kuota yang diberikan itu, sebab hotel penginapan yang aku tempah sudah menyediakan free wifi. So kalau nak upload gambar-gambar dalam FB sudah cukup sangat.

Dengan beg yang berat itu, aku plan untuk terus pergi ke hotel check in. Tapi kalau nak diikutkan masa untuk check in hotel adalah pukul 1pm. So, kami decided untuk drop dulu beg di kaunter mereka dan start ronda-ronda dahulu sekitar hotel. Sambil itu kami usha-usha juga kedai-kedai murah sepanjang Malaysia street dan juga singgah makan sup Vietnam di restoran Halal disitu.








Bercuti ke Vietnam

Pada Julai 22hb sehingga 25hb bermula lah plan percutian keluarga ku ke Ho Chi Minh Vietnam. Seperti biasa, percutian budget ni sudah aku plan setahun yang lepas. Aku sememangnya memperuntukan percutian 2 tahun sekali untuk kami sekeluarga. Selain daripada untuk kenangan-kenangan bersama anak-anak bila masa mereka besar kelak. Ataupun masa untuk aku dan suami melupakan sebentar bebanan kerja seharian itu. hehe..

So lets enjoy dengan gaya penceritaan aku yang kadang-kadang telalut itu. Aku sekeluarga start bertolak dari rumah menaiki kereta adik aku, oh ye percutian kali ini bersama dengan adik ilham dan suaminya. Oleh kerana adik ipar ilham ada kenalan penjaga di parking KLIA2 tu, so kami parking free 4 hari disana.

Flight kami pukul 7 am. Sebelum tu sempat kami sarapan dahulu di KLIA2. makan di paparich sebelum check in masuk. Tiba di Ho Chi Minh airport pukul 9 am. Cepat 1 jam waktu Malaysia.