Tuesday, July 24, 2012

Etnik Rohingya

Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Budddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.

Mengenali Etnik Rohingya:

  • Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam rohingya merupakan penduduk asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan.

Saturday, June 23, 2012

Musim Durian

Musim durian dah tiba di dusun lenggong, Perak. Kiteorang balik kampung belah enck somi. Belah kampung aku memang tak ada dusun, mungkin tanah di kampung aku tak sesuai untuk tanaman durian kot. tanah gambut. hehe buah nenas banyak la... 

Ini hanya 1 trip kutipan je tau. Bayangkan kalau sehari 2 trip. berapa banyak durian gugur?


Model durian tok wan

Bulan depan puasa. Mungkin kalau ada lagi bolehlah buat juadah berbuka puasa. Terliur juga kalau baunya menerobos lubang hidung kita. Mau puasa separuh hari..... Itulah penangan durian hahaha. Tapi tak pe mak mentua aku ada bekalkan lempuk. Lempuk orang Perak ni lain dengan lempuk orang Johor, hehe. Lempuk dia keras. Sepanjang 3 hari aku kat sana, aku belajar cara-cara nak buat lempuk. Rupa-rupanya mudah jek tapi yang payah mengacau tu, ala-ala mengacau dodol. Bepeluh2 mak oii...boleh kurus kalau dibuat hari-hari. Dibawah adalah step untuk buat lempuk mak mentua aku :).

1. Mula-mula kupas buah durian, masukkan buah yang dikupas tu dalam besen.
2. Buang sebanyak yang mungkin biji durian. Tinggalkan isi je dalam besen tu
2. Masukkan is buah durian tadi dalam kuali besar. Masak atas kayu api ...bukan dapur gas okeyy.
3. Kacau isi durian dan masukkan 3 genggam gula. (gula ikut suka le)
4. Kacau lagi dan lagi dan lagi....sampai isi jadi likat macam dodol. Kacau kena rata-rata takut hangus.
5. Buang saki baki biji yang tinggal. Biji durian mengeluarkan minyak nye sendiri, so kita boleh tengok minyak tu ada dalam kuali, cantik je kilat bila lempuk tu dah menjadi.
6. Siap la lempuk kita, angkat kuali, buat kepal-kepal sebesar penumbuk. Senang nak agih-agihkan kan jiran tertangga.....tu kalau stok memang niat nak bagi kat orang la hahahaha. Nak cantik lagi silalah jemur lempuk yang telah dikepalkan tadi, letak dalam dulang...
Selesai.....selamat mencuba...

Seperti biasalah, dah musim durian, mesti bawak balik durian kan. jgn jelous okey...hehehe
v
v
v
v
v
v
Penuh bonet myvi aku. Kalau bawak lori kan best. boleh niaga kat tepi tol duta.

Sunday, June 17, 2012

Satay Kajang

Hari ni cuti, seperti biasa tak ada plan pon nak kemana-mana. Ilham kerja pulak. aku dan anak-anak duduk rumah sambil2 buat apa2 yang patut. Petang tu lepas ilham balik kerja dia ajak pergi makan satay. Kalau satay tu harus lah ke kajang kan...baru nama makan satay kajang. Semua perut sedang lapar sebab aku tak masak petang tu, ingat nak masak lepas encik somi balik kerja, tapi dah dia ajak makan luar...yuh lega yahooo tak yah masak le aku. So, bayangkanlah tahap kelaparan anak-anak aku masa tu kan....hehehe zalim betul aku kan...

Duduk je kat meja tu, ilham tanya nak berapa sebab dia nak gi beratur beli. Terus aku cakap errr berapa nak oder. ilham cakap suka hati ila le...hehehe okey lah cengitu... "bagi 20 ayam 20 daging" hehehe sambil mata bersinar...gembira la tuuuu...siap tambah nasi impit + bawang potong ye...aku kalau tak ada bawang rasa macam tak makan satay...at lease bawang tu boleh potong rasa mual sikit...

Posing before makan

Tention tul kalau nak mengambil pic bdk bujang ni!

Beberapa minit kemudian, sampai lah satey 40 cucuk yang diminta. Si budak dan mak budak yang lapar terus melahap tak hengat.

Gambar goyang sebab x snap guna hp murah jek




Sunday, May 20, 2012

Tutti Frutti

Aku dan ilham bukan seorang yang suka pergi ke kedai 'pelik-pelik'. Tapi bila ramai kawan aku dah tray tutti furtti ni kan, jadinya nafsu untuk aku mengajak encik laki pergi tu tinggi lah. Akhirnya aku berjaya bawak mereka semua makan disitu. 1st time makan tutti frutti ini, rasanya masam. jenuh juga aku mahu habiskan.Konsep dia adalah based on berat frozen yogurt dan topping yang diambil. So time nak ambil mangkuk tu pilih yang kecik jek, memang syok je mengisi...tup...tup nak ko kena bayar 15 hinggit 1 cup...hahaha




 Ini kebaikan Tutti Frutti yang aku google.

1. Dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Menurunkan kadar kolestrol.
3. Menguatkan sistem imunisasi badan dan banyak lagi...

Secara keseluruhannya aku suka dengan konsep kedai Tutti Frutti ni. Kedai nye cantik nampak bersih je..dekorasinya pun walawey cun. Mungkin kombinasi warnanye yang hijau apple tu kot. nampak segar bila masuk.

Sunday, May 13, 2012

Balqis sport day

Hari sukan balqis berlangsung pada hari Ahad 13 May 2012 di Universiti Malaya. Sehari sebelum tu aku dan ilham sibuk mencari sport shooes dan track sut untuk dipakai pada hari itu. Ini kes tak pernah berjoging atau membuat aktiviti riadiah sebab tu agak kalut juga. Pagi-pagi dah gerak ke UM sebab aktiviti akan berlangsung pada pukul 9.00 am. sebelum pukul 8.30 am semua parent kena daftar anak mereka di booth sekolah masing-masing.

Biasale..dimulakan dengan perbarisan semua SR yang mengambil bahagian.
Pastu nyanyi2 kemudian acara pon dimulakan

Aksi balqis kepit bola. Tapi bola dah terlepas daaa...:))


balqis buat muka cute time dapat medal!




Thursday, February 23, 2012

Selamat tinggal langkawi

Akhirnya samapai masa nak balik ke Kuala Lumpur. Takkan nak duduk langkawi lelama kan. Kopak duit mak, sampai masa untuk berkerja pula, kumpulkan semula duit2 yang telah dilaburkan sepanjang berada disini dan Insyallah akan kami kunjungi mu semula oh langkawi...cehwah!

Aktiviti kami sebelum check out hotel pukul 1 petang tu.

Pagi2 pukul 7.30 dah bawak anak2 main pantai, sebab kalau dah matahari timbul ramai le mat&minah salleh buat aksi baring tepi pantai...x sesuai untuk pemandangan kanak2. :)

Kasih papa melayan anak2


Posing atas jetsky yang tak mampu kami beli untuk
korang sayang...(kalau nak beli pon wat apa kan :)))

Pemandangan depan hotel kami

Dekat Airport Langkawi sedia untuk balik KL

Muka kami yang letih setelah penat melancong & bershoping.
Goodbay langkawi sampai jumpa lagi!! I love Langkawi!! 


-TAMAT-

Wednesday, February 22, 2012

Underwater world Langkawi

Sebelah petangnya, setelah puas menaiki kereta kabel kitaorang pun bergerak pulang ke hotel. tetiba kami terpandang Underwater world di jalan pantai cenang, kemudian ilham decide pergi kesitu setelah kiteorang makan tengahari.

Pic ni aku google sebab camera kami terlupa nak snap.

Tempat ini rasanya tempat impian aku masa kecik dulu kot. Masa tu selalu tengok rancangan yang pergi ke Underwater world negara lain macam Austraralia dan Singapura. Tapi sekarang aku macam tak ada perasaan nak masuk. Tetapi disebabkan zaman kecik aku x tercapai, so aku gagah jugak masuk dengan harapan anak2 aku x jadi macam aku le...hahaha...
Hasilnya memang mengembirakan kerana dua orang budak kecik
ini memang keseronokan yang amat ketara.


Aku & Ilham pon keseronokan yang amat ketara juga!!!

Tempat bergambar berbayar jika menggunakan khidmat jurugambar
Underwater World. Tapi kami FOC sebab guna jurugambar tak bertauliah.

Ilham aka jurugambar tak bertauliah pulak yang over excited mengambil gambar2 binatang2 kat situ. Mak Layan jelah...ini beberapa gambar bukan ahli keluarga kami yang dia berjaya snap.





                                                                               



Langkawi Cable Car

Pagi-pagi plan memang hendak ke Skycab langkawi aka Kereta Kabel langkawi. Teruja sangat2 sebab orang kata syok. Kereta kabel ini terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi. Kiteorang memang berhajat untuk naik ke puncak gunung yang tingginya 713 meter tau. Panorama gunung batu kapur yang dikabarkan berusia 500 juta tahun ini memang menarik. Lagi satu faktor kami teruja sebab kereta kabel langkawi merupakan kereta kabel yang terpanjang di dunia. wah gitu...! kami anak beranak telah menaiki dan menikmati pengalaman ini...Malaysia boleh!

Tak paham dengan perangai anak bujang ni, buat aksi gitu time papa dia suruh ready.


Dapat pon ambik pic dia, tu pun dah bagi warning x naik kalau tak berdiri betol2. Antara yang terawal berbaris ( 9.00 am), kosong lagi tempat membeli tiket tu. Keadaan di Oriental Village (kaunter tiket kereta kabel) pada pagi tu tak la sesak sangat. Kami diantara pelancong yang terawal disana. Lama-kelamaan orang semakin ramai. Tepat pukul 10.30 am kaunter dibuka. Nasib baik sampai awal, dapatlah tempat ketiga daripada barisan yang memanjang macam ular kena palu.
Memasing muka gayat.

Muka gayat buat2 macho.

Panjang perjalanan dia ialah 2.2 kilometer. Tinggi mencanak naik 713 meter. Kalau cuaca cerah, boleh lah nampak keseluruhan pulau langkawi, kawasan utara Thailand dan barat daya Indonesia. Memang tinggi puncak kereta kabel ini, sehingga perjalanan gondola kereta kabel ni mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kiteorang terasa seperti terapung-apung kat atas hutan Pulau Langkawi dan air terjun. Gondola yang disediakan ada 4 tempat duduk, ianya tak berhenti tau, so kena cepat-cepat untuk menaikinya dan turunnya.  Rugi kalau tak naik weii...sebab ada juga one of my friend tak dapat naik sebab cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan. Alhamdulilah kami sekeluarga dapat merasainya...





Mintak tolong pelancong dari China tangkap gambar ni. Senget benget, mungkin x biasa guna camera kami yang cap ayam to kot...:(











Beras Terbakar

Setelah kiteorang anak beranak merasai pengalaman yang lain dari yang lain apabila mengikuti aktiviti island hopping. Destinasi seterusnya ialah Beras Terbakar. Kiteorang bergerak menuju ke beras terbakar dalam pukul 4 ke 5 petang. Terlajak tidor sebenarnya, letih sangat2. Mula-mula ingatkan nak rest je kat hotel, tapi macam rugi pulak, so kami decide untuk tengok2 apa ada kat Beras Terbakar. Sebelum memasuki kawasan tapak beras terbakar ini, terdapat deretan kedai jualan barangan seperti kedai servenior, pakaian, minyak gamat dan kain batik jawa. Sempatlah aku membeli beberapa helai kain batik jawa untuk emak & emak ilham. Minyak gamat aku tak beli kat sini, sebab memang dah sport dari awal nak beli terus kat kilang gamat..kikiki...motif? hehe entah lah aku pon tak tau..mungkin kat kilang dia lagi asli kot..hahaha

Bacalah untuk mengetahui cetia beras terbakar dengan lebih lanjut.

Ilham dan anak-anak dengan gaya tersendiri.

Aku dan anak-anak dengan gaya tersendiri.

Rumah Ku Halim bin Ku Hassan.

Tempat yang dikatakan beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Cerita beras terbakar itu bermula selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri. Pulau itu telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang siam.  Setelah merasakan Pulau Langkawi akan tewas, maka Datuk Seri Kerma Jaya iaitu pemerintah Kampung Raja tersebut memerintahkan semua simpanan beras dibakar.

Tuesday, February 21, 2012

Island hopping

Hari kedua di pulau langkawi kiteorang pergi ikut aktivit yang di panggil island hopping. Banyak syarikat yang menwarkan aktiviti ini di sana. Ada gak offer mula2 sampai di Airport Langkawi, tetapi pakej ini ilham dapat time sembang2 dengan beach boy dekat dengan hotel kami menginap. dah jadi kawan baik pulak dengan beach boy tu, sampai tahu datang dari kampung yang sama (perak) hehe...ilham2. sapa2 yang kenal laki aku ni, memang tahu perangai dia yang cool selamba dan friendly...cehwah!

sambil2 tunggu bot..snap pic ni..

Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini ialah RM30 seorang. So, untuk kami sekeluarga 60 ringgit je..si kecik dua beradik tu FOC. Makanan dan minumam tidak disediakan ye, so kena bawa bekal. Tapi kiteorang x bawak apa2 pon. bawak baju basahan untuk anak-anak je. Tepat jam 9.15 van yang dijanjikan sampai. Kiteorang dibawah ke sebuah jeti berdekatan dengan hotel awana. Pengangkutan memang disediakan untuk pergi dan balik ke hotel.

Berjalan menuju ke bot! bersedia time ni akan ada photographer yang akan mengambil gambar anda...hehehe that way dah gaya artis..hehe (tu laki aku nye statement)

tarrraaa!!! dah naik bot, ready nak berlepas.

Tulah Pulau Dayang Bunting..(pempoan peknen tengah baring)

Kiteorang dibawa menaiki bot pergi ke berapa tempat dan pulau yang telah diaturkan. Bot yang kiteorang naik ni boleh memuatkan 8 orang penumpang. Ada jugak bot yang besar sikit boleh muat dalam 12 orang gitu. Tapi tak kisahlah, janji semuanya selamat dan jaket keselamatan disediakan. Sepanjang perjalanan, dengan lah celoteh pemandu bot tu menerangkan setiap tempat dalam bahasa english dan malay. Tabik spring kat pakcik tua tu, tak sangka 1st class cakap ong puteh.

Sampai ke Pulau Dayang Bunting

Atas permintaan ilah untuk menjadi model di sini

Aktiviti kami bermain air di tasik.

Ramai gak yang main-main macam kiteorang.

Sebelum boleh sampai ke tasik yang indah ini, kiteorang perlu untuk mendaki bukit. Memang penat, sebab aku ni dah lama tak bersukan, so cepat pancit. Kedatangan kiteorang disambut oleh berekor-ekor monyet besar, kecil, tua dan muda hehehe. semuanya menanti dengan harapan akan diberikan makanan. Bahaya wo monyet ni, sebab ada kejadian di depan mata kami 2 orang budak pempuan ni beg diorang di rampas oleh monyet. Kesian sungguh habis barang2 dalam beg dia diselongkar, kamera, bra, seluar dalam diorang kena buang2. Ada pulak mat salleh tu boleh gelak tengok diorang. Aku rasa nak penampor jek mat salleh tu. Sib baik ada mamat berhati baik dari indonesia tolong diorang. Ambil balik semua barang2 budak perempuan ni. Aku dan laki aku tengok jek sebab kami memasing mengendong budak2 ni. Rasa besalah pon ada, tapi demi keselamatan anak2,kami cuma dapat jerit2 je dari jauh dengan harapan monyet2 tu lari.

Ada beberapa gambar yang kiteorang tangkap sepanjang Aktiviti island hopping ini...layan....:)

Selepas 1 jam di dayang bunting kami pergi
pula untuk melihat helang makan

Helang sinonim dengan Langkawi. Operator bot mencampak sebaldi ayam ke laut, beberapa minit kemudian berduyun-duyun helang menyambar ayam tersebut. Hehe untung helang makan free tiap2 hari.


Kiteorang di bawa pula ke pulau beras basah. Kami diberikan masa 1 jam untuk mandi manda, tapi aku dan ilham tak mandi pon. sebab malas nak salin2 baju. Lagipon pulau beras basah ni macam sebuah pulau yang telah ditinggalkan, tak ada apa-apa pon, tandas awam pon tak ada. tak pe lah bagi anak2 jek yang mandi cukuplah.

Ala-ala cerita baywatch..:))


Mak pon nak posing!

Aktivit tu semuanya dinikmati dalam hanya 4 jam sahaja. Tapi memang menyeronokkan. Kiteorang tiba di jeti semula dalam pukul 1.30 petang. Perut memasing tengah keroncong. Lepas makan tengahari kami pon balik semula ke hotel.