Wednesday, February 22, 2012

Beras Terbakar

Setelah kiteorang anak beranak merasai pengalaman yang lain dari yang lain apabila mengikuti aktiviti island hopping. Destinasi seterusnya ialah Beras Terbakar. Kiteorang bergerak menuju ke beras terbakar dalam pukul 4 ke 5 petang. Terlajak tidor sebenarnya, letih sangat2. Mula-mula ingatkan nak rest je kat hotel, tapi macam rugi pulak, so kami decide untuk tengok2 apa ada kat Beras Terbakar. Sebelum memasuki kawasan tapak beras terbakar ini, terdapat deretan kedai jualan barangan seperti kedai servenior, pakaian, minyak gamat dan kain batik jawa. Sempatlah aku membeli beberapa helai kain batik jawa untuk emak & emak ilham. Minyak gamat aku tak beli kat sini, sebab memang dah sport dari awal nak beli terus kat kilang gamat..kikiki...motif? hehe entah lah aku pon tak tau..mungkin kat kilang dia lagi asli kot..hahaha

Bacalah untuk mengetahui cetia beras terbakar dengan lebih lanjut.

Ilham dan anak-anak dengan gaya tersendiri.

Aku dan anak-anak dengan gaya tersendiri.

Rumah Ku Halim bin Ku Hassan.

Tempat yang dikatakan beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Cerita beras terbakar itu bermula selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri. Pulau itu telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang siam.  Setelah merasakan Pulau Langkawi akan tewas, maka Datuk Seri Kerma Jaya iaitu pemerintah Kampung Raja tersebut memerintahkan semua simpanan beras dibakar.