Tuesday, April 28, 2015

PEKASAM IKAN LENGGONG "CHE YAH PEKASAM LENGGONG"



Saya ada menjual ikan pekasam yg enak & sedap untuk hidangan pembuka selera untuk seisi keluarga.Terdapat pelbagai jenis ikan sebagai pilihan seperti ikan lampam,ikan lome,ikan sebarau & lain2 lg.Berminat untuk mencuba!!! Sila sms or whatsAap saya untuk mendapatkan nya.
Kandungan setiap pek bergantung kepada saiz ikan

KLCC

KLCC
 
FOUNTAIN KLCC
 
KLCC Night View


PEKASAM IKAN LENGGONG

Dibuat dari ikan-ikan segar dari tasik dan sungai
sekitar Lenggong
seperti LAMPAM, LOMA, TENGAS,BELIDA, DLL.
Ikan pekasam Lenggong tidak terlalu masin dan
tidak terlalu masam .
Di pek kedap udara agar tahan lama . Ia lembab
tetapi tidak terlalu berair.
Kandungan setiap pek bergantung kepada saiz ikan,
iaitu :-
Ikan saiz Kecil - 3 ekor /pek .
Ikan Saiz Sederhana - 2 ekor / pek.
Ikan Saiz Besar - 1 ekor /pek

Berat setiap pek ± 200gram

1 - 10 pek = RM6/ pek
11 pek ke 50 pek = RM 5/ pek
51 pek ke atas = RM 4.50/pek
*Harga tidak termasuk kos penghantaran. Setiap
tempahan boleh diambil sendiri atau dihantar terus
ke tempat anda
**Minimum penghantaran melalui pos adalah 6pek.
***Tempahan awal diperlukan. Bayaran penuh bagi
setiap tempahan yang'confirm' sebelum
penghantaran dibuat.

Boleh disediakan dalam pek ISTIMEWA untuk
dijadikan doorgift / cenderahati majlis
perkahwinan atau sebarang keraian. Tempahan minima
200 unit.Tempahan pek istimewa
hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan
sebelum tarikh penghantaran

Harga Pek istimewa dari RM 6.00 - RM10.00

Tempahan hendaklah dibuat terus ke
Email: fazila.subian@gmail.com 
Phone:0176998703 (wassap & text)
dengan butiran seperti berikut :

1. Nama
2. No. Telefon
3. Jumlah tempahan
4. Tarikh jangka terima tempahan
(untuk semakan stok)
5. Alamat penerimaan
***

Payment option:
- Cash On Delivery (Klang Valley)
- Online Payment/Postage:
Maybank2u /CIMB click (setelah confirm saya akan beri no account)

Wednesday, April 15, 2015

Hobi Berniaga Sengkuang Calit


Termenung di luar jendela… ada ke jendela..haha bukan.. termenung atas katil sebenarnya. Asik-asik scroll mobile FB..fuhh boring betul cuti –cuti ini. Anak-anak sibuk main sesuka hati mereka. Bila anak-anak dah besar ni kan, diorang tak hirau kita dah. Jarak anak aku beza 2 tahun je. Memang kamching mereka berdua tu. Kekadang aku sekodeng jugak apa mereka buat. Jadi cikgu-cikgu le, main colour-colour la, buat origami la..huhu..

Apa aku nak buat ye..bila cuti sabtu ahad, laki aku kerja hari sabtu. Kalau ada projek siang malam kerja. Ahad pula biasale still ada peruntukan masa untuk hobi dia tu, pikat burung hehe..memang macam kelakar kan..moden-moden sekarang masih lagi minat burung. Yes itulah suamiku..peminat burung tegar. Setiap ahad dari pagi pukul 8@9 dah kuar then pukul 1-2 petang baru balik. Tapi tak kisahlah..biarlah dia release tention..

Hish tak boleh jadi ni, apa pulak hobi aku..kahkahkah... Last month baru start hobi baru aku ni, hobi yang perlu dapat duit..hahaha aku start meniaga sengkuang calit. Sebenarnya time aku start nak berbincang pasal hobi baru aku ni pada encik somi, dia boleh gelakkan aku..macam biasalah kan ilham tu, tak ambik pusing apa yang aku cerita. Memang betul kata orang, kalau nak mengumpat ceritalah pada suami sendiri, nescaya dia boleh simpan secret tu sampai bila-bila, sebab dia akan lupa apa kita cerita. Hahaha..

Aku start search internet kat office, nak cari pembekal sos merah dan kacang...apa buat sendiri??oh tidak, aku tak tahu nak buat sos tu. Dan aku rasa untuk hobi aku buat masa sekarang baik aku beli sahaja..taraa..jadilah hobi baru aku yang mendatangkan duit..meterialistik juga aku ni..

Satu hari aku decide untuk set appoiment denga si pembekal sos sengkuang ni..MrDaddy Din. Aku baca blog dia ni. Aku rasa muda lagi budak ni. Tapi semangat dan tengok gaya cakap memang ada gaya usahawan berjaya. Seronok tengok anak-anak melayu semangat macam Mr Din ini. Untuk permulaan aku beli satu set sos merah+sos rojak+kacang untuk start berniaga aku...untuk marketing aku decided untuk beli sekali bunting untuk aku gantung time aku niaga..OK urusan sos telah selesai. Thank you Mr Din.

Aku bawak balik rumah, ilham mula tanya aku. Aku cerita pada dia pasal hobi aku nak niaga sengkuang calit. Wahhh so serious...tu reaksi pertama ilham..Yes ila memang serious shitt..hahaha.. Bila dia tengok muka aku yang confiden giler, dia memang tak condem aku waktu tu. Terus dia tanya nak beli apa lagi sekarang..wahhh tu tanda dia sokong tu..ilham siapa tak kenal ilham..aku memang dah masak dengan perangai luar dalam dia hehe...Ila nak box untuk simpan sengkuang. Ham tolong carikan ye..Esoknya aku balik kerja dah nampak 2 biji box air batu atas meja makan. Satu kecik satu besar. Aikk aku suruh beli kecik je...dengan pekej besar sekali dia beli...Yang besar tu boleh jual air mineral atau air tin...tu jawapan dia bila aku tanya..Oh dia lagi advance dari aku...ok la aku ikut je..

Esok Sabtu adalah hari pertama untuk aku start niaga.  Petang jumaat dia ajak aku pergi cari buah sengkuang. Tengok reaksi ilham, dia paling exited nak tolong aku..dia lebih semangat aku tengok..Kedai buah area Taman Putra. Kedai yang biasa dia beli buah untuk anak-anak burung kesayangannya itu..sekilo 2.50 aku tengok harganye..boleh tahan mahal gak..Tapi harga laki aku beli dapat le sekilo 1.90....murah la kan..

Tuesday, April 14, 2015

Mula berniaga sengkuang calit

 
Mulakan perniagaan dengan berniaga sengkuang calit. Saya jadikan sebagai hobi dihujung minggu. Waktu perniagaan saya pada petang Sabtu dan Ahad dari pukul 5.30pm hingga ke 7.00pm sahaja. 

Sengkuang Calit Saya Jual


Siapa pernah makan sengkuang calit. Confirm terliur bila teringat kan... Saya mula berniaga car boot di lokasi Taman Permainan Tasik Tambahan. Sesiapa yang ingin merasa joms kunjungi car boot saya.. Rasa sekali pastu nak lagi tau..

Wednesday, April 1, 2015

Cerita Semalam April Fool


Mukadimah apa yang harus aku ucapkan untuk memulakan cerita dipagi yang sangat membosankan ini. Aku kerja hari ini, ya kerja aku semua telah beres, tiada lagi kerja pejabat yang harus aku lakukan. Report telah dikemaskini. Hanya menunggu masa untuk balik. Sekarang baru 9.30 am ada 8 jam lagi aku harus tempuhi rasa kobosanan aku. Sepertinya aku dah tahu apa yang akan berlaku nanti. Rutin dipejabat sentiasa sama. Baiklah, aku akan bercerita tentang perkara semalam, semalam banyak sangat makanan masuk dalam perut aku, pagi sarapan mi goring sebungkus lauk paru goreng, tengah hari plan aku sememangnya tak mahu keluar makan. Tetapi dek ajakan kawan, aku gagah juga, habis sepinggan nasi ayam kampong Bandar Tun Razak aku ngap…

Sampai pejabat, kepala aku dah ting tong. Mungkin angin dah masuk kepala. Sebenarnya aku jarang makan banyak. Dulu memang aku ada pengalaman gestrik. Gestrik ni tak boleh tak makan, makan banyak pon tak boleh. Dan now, tanggunglah akibatnya sendiri. Nak tunggu pukul 5.30 pm lagi dua jam…sangat seksa. Aku wassap ilham untuk tolong ambil Adam sekali kakaknya. Selalu Adam memang aku yang ambil sekali jalan aku balik kerja. Tapi semalam memang tak tertanggung, aku memang nak cepat balik basuh kepala. Rasa macam bom nak meletup dalam kepala aku ni. Aku memang kerap sakit kepala, kekadang punca makanan, stress.

Sampai je di rumah. Aku terus campak segala barang dan terus masuk bilik air…aku buka shower dan biarkan air menyiram kepala aku…adoiiii kurang sikit rasa sakit…tapi denyutan tu memang terasa sangat. Lepas mandi aku cuba keringkan rambut dan baring. Aku cuba untuk lelapkan mata. Habis satu kepala dahi telinga leher aku sapu dengan tiger bum. 10 minit kemudian ilham balik rumah. Biasalah aku malas nak mengadu lebih-lebih pada dia yang aku sakit kepala. Dah tahu jawapan dia apa. Biarlah aku tanggung sendiri sakit ini. Aku ingat Allah banyak-banyak, dosa aku memang banyak. Ampunilah ya Allah. Aku mahu menjadi hambamu yang taat.

“Nak masak ke beli ?” tanya Ilham. Dalam hati dah nampak aku berkeadaan begitu, lagi mahu tanya nak masak. Aku jawab balik “Nak masa ham masak la, ila memang sangat tak larat”. Aku nak angkat kepala pun tak sanggup, nak celik tengok lampu pun tak tahan. Kepala sakit sangat. Tapi tak sesakit hati bila ayat yang mengguris hati aku keluar dari mulut ilham. Tak perlu aku tulis disini. Macam biasa kalau tak kena dihati dia pasti akan keluar perkataan pedas yang keluar. Aku cuba untuk lupakan. Pujuk hati, macam tak biasa dengar ayat macam tu. wahai hati pekakkanlah hati ini…

Tapi aku tahu perangai ilham, dia memang kasar, tapi ada perasaan sayang kat aku lagi…tapi tak tahu sayang atau kesian… “Ko nak makan apa?” “Ila nak pesan panadol active fast dan 100 plus je. makan tak nak”. Aku rasa nak termuntah bila teringat tentang makanan. Ye aku memang tak boleh makan malam ni. Lebih baik aku gunakan untuk tidor dengan harapan bangun dari tidur nanti terus lega sakit aku. 7.30 pm sampai 8.30 pm aku tak boleh tidur, aku memang kena telan panadol juga ni, ilham dan anak-anak tak balik lagi. Aku wassap tanya lambat balik lagi ke? aku memang tak tahan sakit kepala. Aku nak panadol tu. 10 minit kemudian diorang balik…Dengan suara ceria anak-anak.  Aku bangun capai panadol yang diletakan atas meja, sebenarnya aku terasa sedikit dengan perkara ini, entah lah perkara remeh pon kekadang boleh jadi punca terasa hati aku, nak period kot..Dia tahu aku baring dalam bilik tapi tak de pun nak pegang aku bagi panadol tu pada aku. Tapi dek kerana tak tahan aku terus bangun dan ambil atas meja makan terus ambil air kat dapur dan telah 2 biji panadol. Jalan aku nak kembali semula ke bilik sempat aku jeling ilham. Duduk di sofa sambil tengok tv. Astro dan sambung semula…Adam orang yang paling happy. Sebab dah lama ilham tak bayar astro. Dan dah kena potong. Biasalah ilham memang jenis macam tu, bil-bil rumah memang dia yang tanggung, tapi aku tak paham kenapa bil-bil yang sikit tu pon boleh tertunggak sampai beratus-ratus. Tu belum lagi bil elektrik. Argg aku malas nak fikir pasal bil tu. Kalau nak compare gaji dia aku rasa gaji dia lagi banyak, tapi tak tahu habis ke mana. Perbelanjaan yang dia kena cover Cuma bil-bil rumah, belanja dapur dan pengasuh. Tu pun indah water tak pernah bayar…bila nak kuar surat mahkamah aku juga yang cover. Pengasuh, aku juga yang kena dahulukan bayar. Aku paham kerana cukup bulan gaji aku kuar. Tapi kalau fikirkan balik memang aku tak merasa nak pegang lama gaji tu…26hb masuk gaji sebelum 30hb dah habis bayar semua hutang. Dan duit belanja aku Cuma mengharapkan belas ekhsan ilham untuk bayar utang pengasuh yang telah aku dahulukan duit gaji aku tu…sedih…tapi hidup perlu diteruskan juga. Tak sabar nak tengok anak-anak aku bersar dan boleh tanggung aku. Ilham selalu marah kalau aku cakap macam tu. Dia cakap macam aku ni harapkan balasan. Tapi entahlah, aku kuat untuk kerja ni pun sebab banyak tanggungjawab yang hendak aku galas di bahu aku.

Aku tertidur lepas telan 2 biji panadol. Aku terjaga pukul 11 malam. Owh aku tak solah isyak lagi, terus aku bangun untuk solat, lepas solat aku jenguk ke bilik anak. Anak-anak aku dah tidur, penat sekolah. Kesian…aku tak dapat nak tengok diorang buat homework tadi. Adam pun tak minum susu. Selalu memang aku yang buat susu untuk adam. Adam tak berani nak mintak kat ilham, kalau mintak pon 9/10 belum tentu lagi dia nak buat…

Aku pergi ke dapur untuk minum air, terasa kering tekak. Aku pandang ilham tidur di sofa luar, hermmm…aku malas nak kejut. Nampak penat. Aku terus masuk bilik untuk sambung tidur…Malam tu sebelum tidur aku cuba lelapkan mata, teringatkan peristiwa-peristiwa sedih, teringatkan emak aku kat kampong. Ya Allah panjangkan umur emak aku dan bagi dia kesihatan yang baik…amin…