Wednesday, April 15, 2015

Hobi Berniaga Sengkuang Calit


Termenung di luar jendela… ada ke jendela..haha bukan.. termenung atas katil sebenarnya. Asik-asik scroll mobile FB..fuhh boring betul cuti –cuti ini. Anak-anak sibuk main sesuka hati mereka. Bila anak-anak dah besar ni kan, diorang tak hirau kita dah. Jarak anak aku beza 2 tahun je. Memang kamching mereka berdua tu. Kekadang aku sekodeng jugak apa mereka buat. Jadi cikgu-cikgu le, main colour-colour la, buat origami la..huhu..

Apa aku nak buat ye..bila cuti sabtu ahad, laki aku kerja hari sabtu. Kalau ada projek siang malam kerja. Ahad pula biasale still ada peruntukan masa untuk hobi dia tu, pikat burung hehe..memang macam kelakar kan..moden-moden sekarang masih lagi minat burung. Yes itulah suamiku..peminat burung tegar. Setiap ahad dari pagi pukul 8@9 dah kuar then pukul 1-2 petang baru balik. Tapi tak kisahlah..biarlah dia release tention..

Hish tak boleh jadi ni, apa pulak hobi aku..kahkahkah... Last month baru start hobi baru aku ni, hobi yang perlu dapat duit..hahaha aku start meniaga sengkuang calit. Sebenarnya time aku start nak berbincang pasal hobi baru aku ni pada encik somi, dia boleh gelakkan aku..macam biasalah kan ilham tu, tak ambik pusing apa yang aku cerita. Memang betul kata orang, kalau nak mengumpat ceritalah pada suami sendiri, nescaya dia boleh simpan secret tu sampai bila-bila, sebab dia akan lupa apa kita cerita. Hahaha..

Aku start search internet kat office, nak cari pembekal sos merah dan kacang...apa buat sendiri??oh tidak, aku tak tahu nak buat sos tu. Dan aku rasa untuk hobi aku buat masa sekarang baik aku beli sahaja..taraa..jadilah hobi baru aku yang mendatangkan duit..meterialistik juga aku ni..

Satu hari aku decide untuk set appoiment denga si pembekal sos sengkuang ni..MrDaddy Din. Aku baca blog dia ni. Aku rasa muda lagi budak ni. Tapi semangat dan tengok gaya cakap memang ada gaya usahawan berjaya. Seronok tengok anak-anak melayu semangat macam Mr Din ini. Untuk permulaan aku beli satu set sos merah+sos rojak+kacang untuk start berniaga aku...untuk marketing aku decided untuk beli sekali bunting untuk aku gantung time aku niaga..OK urusan sos telah selesai. Thank you Mr Din.

Aku bawak balik rumah, ilham mula tanya aku. Aku cerita pada dia pasal hobi aku nak niaga sengkuang calit. Wahhh so serious...tu reaksi pertama ilham..Yes ila memang serious shitt..hahaha.. Bila dia tengok muka aku yang confiden giler, dia memang tak condem aku waktu tu. Terus dia tanya nak beli apa lagi sekarang..wahhh tu tanda dia sokong tu..ilham siapa tak kenal ilham..aku memang dah masak dengan perangai luar dalam dia hehe...Ila nak box untuk simpan sengkuang. Ham tolong carikan ye..Esoknya aku balik kerja dah nampak 2 biji box air batu atas meja makan. Satu kecik satu besar. Aikk aku suruh beli kecik je...dengan pekej besar sekali dia beli...Yang besar tu boleh jual air mineral atau air tin...tu jawapan dia bila aku tanya..Oh dia lagi advance dari aku...ok la aku ikut je..

Esok Sabtu adalah hari pertama untuk aku start niaga.  Petang jumaat dia ajak aku pergi cari buah sengkuang. Tengok reaksi ilham, dia paling exited nak tolong aku..dia lebih semangat aku tengok..Kedai buah area Taman Putra. Kedai yang biasa dia beli buah untuk anak-anak burung kesayangannya itu..sekilo 2.50 aku tengok harganye..boleh tahan mahal gak..Tapi harga laki aku beli dapat le sekilo 1.90....murah la kan..

No comments:

Post a Comment