Monday, September 8, 2014

Tempahan belon untuk majlis

Kalau majlis hari jadi anak kita ada banyak belon mesti meriah kan. Anak-anak mesti suka kalau dapat belon free kan. Hehe rasanya bukan anak-anak saja yang suka belon, mak pak pun suka nak buat majlis yang banyak belon. Ok mami family ada perkhidmatan untuk menyediakan belon untuk majlis anda. Pakej yang disediakan bergantung kepada keperluan anda. Contohnya berapa budget belon yang hendak digunakan. Atau berapa tong gas yang anda perlukan untuk majlis. Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan abang ngah saya seoerti dibawah


Friday, September 5, 2014

Lawatan SRA balqis

Pagi-pagi sabtu aku dah bangununtuk siapkan keperluan balqis untuk pergi lawatan sekolahnya.

Jadual program yang balqis akan lakukan hati ini. Terpancar muka dia yang keriangan nak sertai kawan-kawan pergi lawatan. Dulu pon aku sama juga.. Malam pon tak lena tidur cos tak sabar nak tunggu pagi. Hehe




Majlis makan malam tahunan PNMB 2014

Hi lama betul tak update diary life aku kan.. Mesti 10 tahun akan datang aku akan complain asal aku malas sangat waktu ini.. Haha okey lah aku akan datang, aku masa ini akan update cerita semalam.

Tema anual dinner tahun ni ada kat ticket atas tu.. Mcm biasa aku tak le nak pakai mengikut tema kan.. Tak kuasa mak.. Tapi tengok kawan-kawan lain bergaya memang keboom lah.

Best dress malam itu.. Haha berani ko nyah nak pakai cengini. Sotong goreng tepung pon sodap.

Aku yang simple je kikiki dgn my friend 

Berposing dengan our bos. Yang bertopi tu.





Tuesday, August 19, 2014

Senarai harga semasa kuih (sekilo)

Siput sira pedas / ori kari = Rm 18
Tempe sira pedas kering = Rm 25
Rempeyek kacang tanah = Rm 28
Tumpi kacang hijau / dal = Rm 25
Popia udang = Rm 25
Buah rotan = RM 18
Keropok kacang hijau = Rm 18
Kerepek ubi pedas / ori = Rm 18


Harga doorgift

Harga Doorgift plastic box kecil (kuih buah rotan / kuih siput) 
100 grm isi dalam
Berharga = RM 4 

Doorgift transparent plastic box

Kepada pelanggan yang masih tercari-cari apa doorgift yang hendak diberi kepada tetamu majlis anda. Mami family juga ada menyediakan perkhidmatan membuat doorgift mengikut pilihan anda.

Pelanggan kami yang dikasihi

Kepada para pelanggan yang ingin membuat tempahan kuih untuk majlis besar, anda dinasihati untuk membuat tempahan 1 bulan lebih awal dari tarikh majlis. Ini bagi memudahkan persiapan kami bagi membekalkan tempahan terus kepada anda. Mami family tidak menyimpan stok setiap jenis kuih dalam kuantiti yang banyak. Bagi menjamin kualiti dan kesegaran kuih kami. Sekian terima kasih.

Tuesday, June 10, 2014

Sunday, June 1, 2014

Katalog kuih raya 2014

Assalamualaikum semua. Semua kuih yang dijual adalah untuk sepanjang musim. Untuk tempahan kawin, bertunang, kenduri cukur jambul mahupun hari raya. Ini adalah business keluarga kami. Kami adik beradik sememangnya telah lama mengusahakan busines kuih muih ini dan pelanggan kami sekitar kejiranan kami di johor. Harga kami amat murah berbanding harga pasaran kerana kami bukan orang tengah. Semua kuih kami jual dari dapur kami terus kepada anda.

Monday, January 6, 2014

Nasi Lemak Royale

Lokasi tempat makan kali ini di Alor Setar Kedah. Ha..mai jauh sikit..hehe.. actualy aku ada sminar di kedah bersama team marketing PNMB. Bos ajak makan nasi lemak royale, bos cakap nasi lemak tu the best nasi lemak di Kedah... Fikiran aku nasi lemak antarabangsa je yang sedap tak pun nasi lemak simpang di cheras baru harga seringgit sebungkus tu pun lagi sedap... Tapi bila sampai di kedai tersebut, bukannya la nasi lemak sebenarnya.. tapi aku merasakan ianya serupa dengan nasi kandar, cuma warna nasi yang kuning dan berasa lemak sedikit. Royale pula diambil sempena dikabarkan Sultan suka benar makan nasi dari kedai ini. Tapi itu aku tak berapa pasti betul ke tidak ye... orang kedah habaq mai kata aku la...hahaha
Sign board kedai
 
Sila pilih lauk ye..


Mai la perkena nasi lemak royale di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah dibuka setiap hari dari jam 5 petang…selamat menjamu selera

Sunday, January 5, 2014

Roti Arab

Roti Arab ini aku makan di area Mersing, jalan menuju ke Air Papan. Lokasi makan aku kali ini direcomendedkan oleh abang ipar aku yang duduk di Nitar 2. Dia cakap confirm kami tak cukup dengan sekeping je... mesti nak tambah lagi...Memang sah, aku saja dah balun 3 keping. Encik suami balun 4 keping. Memang betul-betul sedap. Mungkin kerana perut kami lapar petang tu. Maklumlah baru lepas lepak pantai sebelum tu. Lagi-lagi kedai makan tu betul-betul terletak di tepi pantai. Pemandangan pantai yang cantik sambil tiupan angin petang, memang membuatkan kami selera sangat.
Inilah warong roti arab terkenal di Mersing
 
Roti arab yang telah di oder

 
Makanan lain seperti mi hoon sup pun ada 

Oleh kerana aku teringgin nak makan roti arab ni so, aku pun try google cara-cara membuatnya:

Bahan-bahan:
2 sudu butter
2 sudu minyak masak
2 sudu gula
300 ml air suam
6g yis muripan
500g tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Bancuh butter, minyak & gula dalam air suam sehingga gula hancur
2. Tepung gandum digaul dengan yis
3. Masukkan bahan 1 ke dalam bahan 2, uli hingga kental & perapkan selama 1 jam dalam bekas bertutup. (boleh tutup dengan towel)
4. Uji dengan jari, kalau ada lekuk maksudnya roti sudah naik
5. Tumbuk-tumbuk roti tadi untuk buang angi & uli semula, kemudian buat bentuk bulat-bulan
6. Canai nipis setiap satu
7. Sementara itu panaskan minyak dan goreng roti satu persatu. Roti akan kembong dengan catik baru terbalikan & masak hingga kekuningan...