Sunday, January 5, 2014

Roti Arab

Roti Arab ini aku makan di area Mersing, jalan menuju ke Air Papan. Lokasi makan aku kali ini direcomendedkan oleh abang ipar aku yang duduk di Nitar 2. Dia cakap confirm kami tak cukup dengan sekeping je... mesti nak tambah lagi...Memang sah, aku saja dah balun 3 keping. Encik suami balun 4 keping. Memang betul-betul sedap. Mungkin kerana perut kami lapar petang tu. Maklumlah baru lepas lepak pantai sebelum tu. Lagi-lagi kedai makan tu betul-betul terletak di tepi pantai. Pemandangan pantai yang cantik sambil tiupan angin petang, memang membuatkan kami selera sangat.
Inilah warong roti arab terkenal di Mersing
 
Roti arab yang telah di oder

 
Makanan lain seperti mi hoon sup pun ada 

Oleh kerana aku teringgin nak makan roti arab ni so, aku pun try google cara-cara membuatnya:

Bahan-bahan:
2 sudu butter
2 sudu minyak masak
2 sudu gula
300 ml air suam
6g yis muripan
500g tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Bancuh butter, minyak & gula dalam air suam sehingga gula hancur
2. Tepung gandum digaul dengan yis
3. Masukkan bahan 1 ke dalam bahan 2, uli hingga kental & perapkan selama 1 jam dalam bekas bertutup. (boleh tutup dengan towel)
4. Uji dengan jari, kalau ada lekuk maksudnya roti sudah naik
5. Tumbuk-tumbuk roti tadi untuk buang angi & uli semula, kemudian buat bentuk bulat-bulan
6. Canai nipis setiap satu
7. Sementara itu panaskan minyak dan goreng roti satu persatu. Roti akan kembong dengan catik baru terbalikan & masak hingga kekuningan...

No comments:

Post a Comment