Monday, January 6, 2014

Nasi Lemak Royale

Lokasi tempat makan kali ini di Alor Setar Kedah. Ha..mai jauh sikit..hehe.. actualy aku ada sminar di kedah bersama team marketing PNMB. Bos ajak makan nasi lemak royale, bos cakap nasi lemak tu the best nasi lemak di Kedah... Fikiran aku nasi lemak antarabangsa je yang sedap tak pun nasi lemak simpang di cheras baru harga seringgit sebungkus tu pun lagi sedap... Tapi bila sampai di kedai tersebut, bukannya la nasi lemak sebenarnya.. tapi aku merasakan ianya serupa dengan nasi kandar, cuma warna nasi yang kuning dan berasa lemak sedikit. Royale pula diambil sempena dikabarkan Sultan suka benar makan nasi dari kedai ini. Tapi itu aku tak berapa pasti betul ke tidak ye... orang kedah habaq mai kata aku la...hahaha
Sign board kedai
 
Sila pilih lauk ye..


Mai la perkena nasi lemak royale di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar Kedah dibuka setiap hari dari jam 5 petang…selamat menjamu selera

No comments:

Post a Comment