Thursday, June 6, 2013

Resepi Lempok Durian Mak Mentua

 Sila mecuba resepi Lempok Durian Mak Mentua Saya ya...

 

1. Mula-mula kupas buah durian, masukkan buah yang dikupas tu dalam besen.
 
2. Buang sebanyak yang mungkin biji durian. Tinggalkan isi je dalam besen tu
 
3. Masukkan is buah durian tadi dalam kuali besar. Masak atas kayu api ...bukan dapur gas okeyy.
 
4. Kacau isi durian dan masukkan 3 genggam gula. (gula ikut suka le)
 
5. Kacau lagi dan lagi dan lagi....sampai isi jadi likat macam dodol. Kacau kena rata-rata takut hangus.
 
6. Buang saki baki biji yang tinggal. Biji durian mengeluarkan minyak nye sendiri, so kita boleh tengok minyak tu ada dalam kuali, cantik je kilat bila lempuk tu dah menjadi.
 
7. Siap la lempuk kita, angkat kuali, buat kepal-kepal sebesar penumbuk. Senang nak agih-agihkan kan jiran tertangga.....tu kalau stok memang niat nak bagi kat orang la hahahaha. Nak cantik lagi silalah jemur lempuk yang telah dikepalkan tadi, letak dalam dulang...
 
Selesai.....selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment