Thursday, June 6, 2013

Resepi Puding Triffle

Saya dapat resepi ni dari kawan office. Makan puding yang dia buat sangat sedap terus mintak resepi. Dah try buat 2 adunan. Anak-anak suka sangat. Kat sini saya beri resepi dia.. tapi saya lupa nak tangkap gambar puding saya. Esok kalau saya buat lagi saya akan update gambar tu disini. Selamat mencuba ya...  

Saya ambil pic dari google, tapi saya punya seaakan mcm ni la...



1. lapisan bawah
Saya guna kek gulung swiss london perasa kopi dan vanila

 
2. lapisan tengah
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • air buah koktail saya letak untuk basahkan kek gulung tadi(tapis buah untuk lapisan atas)
 3. lapisan atas
  • 1 kotak kristal jelly (strawbery)
  • 1 gelas air panas
  • 1 tin koktail buahan campuran
 cara-cara :
  • hiris dan susun kek gulung pd lapisan bawah sekali.
  • panaskn lapisan tengah sehingga menjadi pekat dan likat. kemudian tuang di atas lapisan kek tadi sehingga kek tenggelam.
  • taburkan koktail buahan keatas lapisan tengah. campurkan kristal jelly ke dlm air panas dan kacau.setelah larut, tuang kristal jelly ke atas buahan tadi.
  • tunggu sehingga jelly betul-betul keras dan boleh la di hidang.
Selamat mencuba....