Sunday, January 31, 2010

Kesayanganku dah wujud...




Semalam aku ajak en suami gi low yat nak cari laptop...wa..best nye... akhirnye aku mendapatkan laptop compaq kesayanganku Presario CQ35 Intel Core 2, 2GB RAM DDR2, 500 GB HDD, 13 WXGA WIDE screen,512 MB NVIDA GEFORCE past tu ada lah bagi free 4G pendrive and 7 item..... tu nak promote la kot...Tapi aku memang sayang sangat kat ni. Alhamdulilah aku bersyukur dah dapat benda yang aku idamkan hasil usaha titik peluh aku sendiri selama ini....

Saturday, January 23, 2010

Si kakak demam

Dari petang tadi balqis muntah2. selain tu dia cirit birit jugak...risau sunguh aku. Aku dah bagi ubat demam, aku bagi ubat sakit perut. Tapi sampai malam pun masih panas lagi. Aku tuam kepala dengan tuala lembab. Aku kena pantau panas dia ni... malam ni mesti tak lena tidor... macam tulah ibu kan. Teringat emak kat kampung.... Kakak cepat la sembuh..risau mama...

Tuesday, January 19, 2010

Adam...Our Prince

Adam semakin membesar. Sekarang dah pandai maju kedepan. Habis baju kotor sebab mengelap lantai... tapi syukur pada tuhan, menganugerahkan kami seorang anak yang bijak. Perkembangan dia cepat dan dia kuat dan sihat. Kemarin dia telah jatuh dari buai... terkejut aku dibuatnye. Dengar suara dia mengangis, aku ingat dia nak susu sama seperti kebiasaan, tapi tup2 dah ada kat bawah buaian. Ilham pun masuk tengok bila aku jerit terkejut. Masing2 risau kalau ada apa2 berlaku kat adam. Tapi alhamdulilah adam baik saja. Dah 2 hari ni, semakin lasak je... tak nangis lagi.... Ya Allah lindungi anak2 ku ini...

Sunday, January 17, 2010

ahad yang ceria

Hari ini hari ahad. tabur zakat hujung minggu. dari cheras ke tengah bandaraya. balik singgah tesco ampang....tujuan hanya satu, membeli belah kat lake garden. Apa lagi beli bunga Orkid lah...hu..hu... terbang 2 rat.... he..he.. dah minat nak wat cam ner ek!!! layan je pic2 dibawah....

Saturday, January 16, 2010

Koleksi Tanamanku

Sekarang ni aku suka tanam pokok orkid. walaupun rumah aku ni kecik, rumah bukan ada tanah. Aku tetap berusaha untuk menjadikan rumahku hijau...ye la untuk meredupkan pandangan ku ini lah...

Ni koleksi tanamanku versi bukan orkid...ada bunga keladi, bunga buluh cina, bunga langsuir dan bunga apa tah tu aku pun lupa namanye...yang daun kecik2 hijau putih tu.

Ni pula koleksi bunga orkid aku tanam dalam pasu, sebelah kira tu orkid bunga kecik putih purple tapi bunga x nampak lak. Yang tengah orkid bunga purple besar tapi bunga dah gugur tengah tunggu tunas baru, yang kanan bunga orkid putih, tu pun bunga nye dah gugur tunggu dia tunas balik.


Yang kiri bunga orkid putih besar, tengah orkid purple pekat besar (baru kembang), yang kanan orkid kuning cair (tapi dalam gambar nampak macam putih).

Yang ni pulak orkid tanam dekat atas balkoni. Aku penuhkan dengan arang, sabut kelapa dan batu. Kat situ aku tanam orkid kuning kunyit. Orkid harimau, Orkid bunga merah menyala. Banyak lagi jenis bunganye aku dah tak ingat sebab cuma dua batang je yang dah berbunga. Yang lain tengah in progress.

Tuesday, January 12, 2010






Sayangku... terima lah ku seadanya... bimbinglah aku untuk menjadi suri hati yang menyeri buat dirimu.. ku tahu ku tidak sempurna... ku mengharapkan adanya kau untuk menyempurnakan hidup mu sayangku... Andai aku cemburu..itu bermakna aku sayang padamu... Andai aku merajuk aku mengharapkan kau memujukku... siram dan bajai lah kasih kita semoga ianya kekal subur selamanya... aku ingin selalu dekat dengan kamu... sayangku...

hati seorang isteri

Kenapa aku ada perasaan sebegitu ek... aku ni sudah tidak menarik lagi ke? kenapa aku takut dengan bayang2 sendiri? kenapa aku sentiasa risau dengan keadaan aku? kenapa aku sentiasa berperangsangka sebegini? his... mengapa aku begini ek?... Ya tuhan...lindungi aku dan keluargaku daripada anasir2 jahat... aku berserah padamu tuhan... peliharalah aku dan keluargaku semoga aman dan damai sehingga keakhirnya... amin...

ilham... aku cintakan mu sepenuh hati ku. sama seperti dulu juga. tidak berubah walau sedikit pun.. aku mengharapkan kau pun sama. masih cinta dan sayang seperti mula kita bertemu dulu...

aku adalah wanita, sama seperti kau wahai hawa. jaganlah kau menghancurkan atau menyakiti hati seorang wantia juga.. hati kita juga sama... naluri kita juga sama..kerana kita adalah sama. wanita yang diciptakan oleh tuhan yang maha ESA...

PMS oh PMS

Dah masuk tahun 2010. Sempena tahun baru tuh...bermulalah kerja sibuk untuk membuat PMS.. Minatang apakah itu... PMS tu Permormance Mgt System. System yang digunakan untuk menilai prestasi pekerja. Macam yang disibukan sekarang oleh PM kita. Kerajaan baru je nak perkenalakan tahun ni. Walhal syarikat swasta dah lama implement bendaalah ni... dan termasuklah aku yang telah 5 kali menyibukkan diri membuat minatang ini... Berapakah KRA aku ek? adakah aku layak di categorikan sebagai pekerja yang cemerlang? renung-renungkanlah ye... selamat beramal...hu..hu..