Tuesday, January 12, 2010

hati seorang isteri

Kenapa aku ada perasaan sebegitu ek... aku ni sudah tidak menarik lagi ke? kenapa aku takut dengan bayang2 sendiri? kenapa aku sentiasa risau dengan keadaan aku? kenapa aku sentiasa berperangsangka sebegini? his... mengapa aku begini ek?... Ya tuhan...lindungi aku dan keluargaku daripada anasir2 jahat... aku berserah padamu tuhan... peliharalah aku dan keluargaku semoga aman dan damai sehingga keakhirnya... amin...

ilham... aku cintakan mu sepenuh hati ku. sama seperti dulu juga. tidak berubah walau sedikit pun.. aku mengharapkan kau pun sama. masih cinta dan sayang seperti mula kita bertemu dulu...

aku adalah wanita, sama seperti kau wahai hawa. jaganlah kau menghancurkan atau menyakiti hati seorang wantia juga.. hati kita juga sama... naluri kita juga sama..kerana kita adalah sama. wanita yang diciptakan oleh tuhan yang maha ESA...

No comments:

Post a Comment