Saturday, January 16, 2010

Koleksi Tanamanku

Sekarang ni aku suka tanam pokok orkid. walaupun rumah aku ni kecik, rumah bukan ada tanah. Aku tetap berusaha untuk menjadikan rumahku hijau...ye la untuk meredupkan pandangan ku ini lah...

Ni koleksi tanamanku versi bukan orkid...ada bunga keladi, bunga buluh cina, bunga langsuir dan bunga apa tah tu aku pun lupa namanye...yang daun kecik2 hijau putih tu.

Ni pula koleksi bunga orkid aku tanam dalam pasu, sebelah kira tu orkid bunga kecik putih purple tapi bunga x nampak lak. Yang tengah orkid bunga purple besar tapi bunga dah gugur tengah tunggu tunas baru, yang kanan bunga orkid putih, tu pun bunga nye dah gugur tunggu dia tunas balik.


Yang kiri bunga orkid putih besar, tengah orkid purple pekat besar (baru kembang), yang kanan orkid kuning cair (tapi dalam gambar nampak macam putih).

Yang ni pulak orkid tanam dekat atas balkoni. Aku penuhkan dengan arang, sabut kelapa dan batu. Kat situ aku tanam orkid kuning kunyit. Orkid harimau, Orkid bunga merah menyala. Banyak lagi jenis bunganye aku dah tak ingat sebab cuma dua batang je yang dah berbunga. Yang lain tengah in progress.