Thursday, June 6, 2013

Baju raya

Puasa dah nak dekat. Dah habis ganti puasa ke belum ye? Alhamdulilah saya sudah. Sesiapa yang belum tu kena cepat-cepat ganti ye. Ramadan tinggal beberapa hari je lagi kan. Cerita pasal baju raya. Saya tak beli lagi baru raya. Plan tahun ni nak pakai warna pink? hehehe tapi tak cerita lagi dengan en suami. Tak tahu samaada dia suka ke tidak. Tapi saya dah buat 3 pihilan warna yang akan saya cakapkan dengan en suami. Yang pertama pink....kalau dia reject, tukar pilihan kedua iaitu biru turquoise...hehehe kenapa biru turquoise? sebab saya nak matchkan dengan tudung warna pink. Cantik kan. Dan kalau dia tak suka jugak pilihan terakhir ialah warna hitam....hehehe

Saya nak cari baju siap je. Rasanya dah tak ada masa nak beli kain dan hantar jahit. Tentu tak ada tukang jahit pon sanggup nak ambil kan. Tapi, itu tak jadi masalah bagi saya, sebab badan saya tak ada masalah untuk cari baju yang ready made.

Saya nak cari baju lace macam yang scha alya pakai ni. Cantik kan. kalau dapat warna pink / biru pun ok gak... Baju melayu lelaki senang je nak cari. En suami tak suka baju teluk belanga. dan saya jugak tak suka tengok dia pakai baju teluk belang macam awal pakai ni, tak sesuaiiii. Saya akan pilih baju cekak musang untuk dia.




No comments:

Post a Comment