Sunday, June 16, 2013

Hidangan Siput bakar di Yob Siput Bakar Penang

Seminggu yang lepas saya berada di Penang atas urusan kerja. Sambil menyelam minum air, pastinya tempat makan yang best dan unik akan saya kunjungi. Saya ditemani kawan-kawan penang singgah di kedai Yob Siput Bakar. Gerai ni menawarkan pelbagai jenis siput dan kerang dengan cara masakan ala kampung nelayan di Perak iaitu dibakar menggunakan tempurung.

Lokasi gerainya agak tersembunyi namun kedai Yob Siput Bakar di Jalan Akuarium, Gelugor mesti dikunjungi kepada peminat makanan laut terutamanya siput dan kerang. Semamangnya anda akan merasai kesegaran semula jadi serta rasanya yang istimewa...

Yob Siput Bakar dibuka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Ahad. Kesemua jenis menu dijual dengan harga RM7 bagi setengah kilogram.


Banner depan gerai
 
Antara menu di gerai YOB Siput Bakar
 
 Anak Ketam goreng
 
 Siput Unam

 Kerang Bulu
 

 Siput Sudu/ Kupang
 
Siput Duri
 

Lepas tengok semua ni, berani tak korang nak makan...hehehe...memang teruk bagi sesiapa yang first time makan. Macam saya la...

No comments:

Post a Comment