Wednesday, April 1, 2015

Cerita Semalam April Fool


Mukadimah apa yang harus aku ucapkan untuk memulakan cerita dipagi yang sangat membosankan ini. Aku kerja hari ini, ya kerja aku semua telah beres, tiada lagi kerja pejabat yang harus aku lakukan. Report telah dikemaskini. Hanya menunggu masa untuk balik. Sekarang baru 9.30 am ada 8 jam lagi aku harus tempuhi rasa kobosanan aku. Sepertinya aku dah tahu apa yang akan berlaku nanti. Rutin dipejabat sentiasa sama. Baiklah, aku akan bercerita tentang perkara semalam, semalam banyak sangat makanan masuk dalam perut aku, pagi sarapan mi goring sebungkus lauk paru goreng, tengah hari plan aku sememangnya tak mahu keluar makan. Tetapi dek ajakan kawan, aku gagah juga, habis sepinggan nasi ayam kampong Bandar Tun Razak aku ngap…

Sampai pejabat, kepala aku dah ting tong. Mungkin angin dah masuk kepala. Sebenarnya aku jarang makan banyak. Dulu memang aku ada pengalaman gestrik. Gestrik ni tak boleh tak makan, makan banyak pon tak boleh. Dan now, tanggunglah akibatnya sendiri. Nak tunggu pukul 5.30 pm lagi dua jam…sangat seksa. Aku wassap ilham untuk tolong ambil Adam sekali kakaknya. Selalu Adam memang aku yang ambil sekali jalan aku balik kerja. Tapi semalam memang tak tertanggung, aku memang nak cepat balik basuh kepala. Rasa macam bom nak meletup dalam kepala aku ni. Aku memang kerap sakit kepala, kekadang punca makanan, stress.

Sampai je di rumah. Aku terus campak segala barang dan terus masuk bilik air…aku buka shower dan biarkan air menyiram kepala aku…adoiiii kurang sikit rasa sakit…tapi denyutan tu memang terasa sangat. Lepas mandi aku cuba keringkan rambut dan baring. Aku cuba untuk lelapkan mata. Habis satu kepala dahi telinga leher aku sapu dengan tiger bum. 10 minit kemudian ilham balik rumah. Biasalah aku malas nak mengadu lebih-lebih pada dia yang aku sakit kepala. Dah tahu jawapan dia apa. Biarlah aku tanggung sendiri sakit ini. Aku ingat Allah banyak-banyak, dosa aku memang banyak. Ampunilah ya Allah. Aku mahu menjadi hambamu yang taat.

“Nak masak ke beli ?” tanya Ilham. Dalam hati dah nampak aku berkeadaan begitu, lagi mahu tanya nak masak. Aku jawab balik “Nak masa ham masak la, ila memang sangat tak larat”. Aku nak angkat kepala pun tak sanggup, nak celik tengok lampu pun tak tahan. Kepala sakit sangat. Tapi tak sesakit hati bila ayat yang mengguris hati aku keluar dari mulut ilham. Tak perlu aku tulis disini. Macam biasa kalau tak kena dihati dia pasti akan keluar perkataan pedas yang keluar. Aku cuba untuk lupakan. Pujuk hati, macam tak biasa dengar ayat macam tu. wahai hati pekakkanlah hati ini…

Tapi aku tahu perangai ilham, dia memang kasar, tapi ada perasaan sayang kat aku lagi…tapi tak tahu sayang atau kesian… “Ko nak makan apa?” “Ila nak pesan panadol active fast dan 100 plus je. makan tak nak”. Aku rasa nak termuntah bila teringat tentang makanan. Ye aku memang tak boleh makan malam ni. Lebih baik aku gunakan untuk tidor dengan harapan bangun dari tidur nanti terus lega sakit aku. 7.30 pm sampai 8.30 pm aku tak boleh tidur, aku memang kena telan panadol juga ni, ilham dan anak-anak tak balik lagi. Aku wassap tanya lambat balik lagi ke? aku memang tak tahan sakit kepala. Aku nak panadol tu. 10 minit kemudian diorang balik…Dengan suara ceria anak-anak.  Aku bangun capai panadol yang diletakan atas meja, sebenarnya aku terasa sedikit dengan perkara ini, entah lah perkara remeh pon kekadang boleh jadi punca terasa hati aku, nak period kot..Dia tahu aku baring dalam bilik tapi tak de pun nak pegang aku bagi panadol tu pada aku. Tapi dek kerana tak tahan aku terus bangun dan ambil atas meja makan terus ambil air kat dapur dan telah 2 biji panadol. Jalan aku nak kembali semula ke bilik sempat aku jeling ilham. Duduk di sofa sambil tengok tv. Astro dan sambung semula…Adam orang yang paling happy. Sebab dah lama ilham tak bayar astro. Dan dah kena potong. Biasalah ilham memang jenis macam tu, bil-bil rumah memang dia yang tanggung, tapi aku tak paham kenapa bil-bil yang sikit tu pon boleh tertunggak sampai beratus-ratus. Tu belum lagi bil elektrik. Argg aku malas nak fikir pasal bil tu. Kalau nak compare gaji dia aku rasa gaji dia lagi banyak, tapi tak tahu habis ke mana. Perbelanjaan yang dia kena cover Cuma bil-bil rumah, belanja dapur dan pengasuh. Tu pun indah water tak pernah bayar…bila nak kuar surat mahkamah aku juga yang cover. Pengasuh, aku juga yang kena dahulukan bayar. Aku paham kerana cukup bulan gaji aku kuar. Tapi kalau fikirkan balik memang aku tak merasa nak pegang lama gaji tu…26hb masuk gaji sebelum 30hb dah habis bayar semua hutang. Dan duit belanja aku Cuma mengharapkan belas ekhsan ilham untuk bayar utang pengasuh yang telah aku dahulukan duit gaji aku tu…sedih…tapi hidup perlu diteruskan juga. Tak sabar nak tengok anak-anak aku bersar dan boleh tanggung aku. Ilham selalu marah kalau aku cakap macam tu. Dia cakap macam aku ni harapkan balasan. Tapi entahlah, aku kuat untuk kerja ni pun sebab banyak tanggungjawab yang hendak aku galas di bahu aku.

Aku tertidur lepas telan 2 biji panadol. Aku terjaga pukul 11 malam. Owh aku tak solah isyak lagi, terus aku bangun untuk solat, lepas solat aku jenguk ke bilik anak. Anak-anak aku dah tidur, penat sekolah. Kesian…aku tak dapat nak tengok diorang buat homework tadi. Adam pun tak minum susu. Selalu memang aku yang buat susu untuk adam. Adam tak berani nak mintak kat ilham, kalau mintak pon 9/10 belum tentu lagi dia nak buat…

Aku pergi ke dapur untuk minum air, terasa kering tekak. Aku pandang ilham tidur di sofa luar, hermmm…aku malas nak kejut. Nampak penat. Aku terus masuk bilik untuk sambung tidur…Malam tu sebelum tidur aku cuba lelapkan mata, teringatkan peristiwa-peristiwa sedih, teringatkan emak aku kat kampong. Ya Allah panjangkan umur emak aku dan bagi dia kesihatan yang baik…amin…

No comments:

Post a Comment