Tuesday, February 21, 2012

Island hopping

Hari kedua di pulau langkawi kiteorang pergi ikut aktivit yang di panggil island hopping. Banyak syarikat yang menwarkan aktiviti ini di sana. Ada gak offer mula2 sampai di Airport Langkawi, tetapi pakej ini ilham dapat time sembang2 dengan beach boy dekat dengan hotel kami menginap. dah jadi kawan baik pulak dengan beach boy tu, sampai tahu datang dari kampung yang sama (perak) hehe...ilham2. sapa2 yang kenal laki aku ni, memang tahu perangai dia yang cool selamba dan friendly...cehwah!

sambil2 tunggu bot..snap pic ni..

Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini ialah RM30 seorang. So, untuk kami sekeluarga 60 ringgit je..si kecik dua beradik tu FOC. Makanan dan minumam tidak disediakan ye, so kena bawa bekal. Tapi kiteorang x bawak apa2 pon. bawak baju basahan untuk anak-anak je. Tepat jam 9.15 van yang dijanjikan sampai. Kiteorang dibawah ke sebuah jeti berdekatan dengan hotel awana. Pengangkutan memang disediakan untuk pergi dan balik ke hotel.

Berjalan menuju ke bot! bersedia time ni akan ada photographer yang akan mengambil gambar anda...hehehe that way dah gaya artis..hehe (tu laki aku nye statement)

tarrraaa!!! dah naik bot, ready nak berlepas.

Tulah Pulau Dayang Bunting..(pempoan peknen tengah baring)

Kiteorang dibawa menaiki bot pergi ke berapa tempat dan pulau yang telah diaturkan. Bot yang kiteorang naik ni boleh memuatkan 8 orang penumpang. Ada jugak bot yang besar sikit boleh muat dalam 12 orang gitu. Tapi tak kisahlah, janji semuanya selamat dan jaket keselamatan disediakan. Sepanjang perjalanan, dengan lah celoteh pemandu bot tu menerangkan setiap tempat dalam bahasa english dan malay. Tabik spring kat pakcik tua tu, tak sangka 1st class cakap ong puteh.

Sampai ke Pulau Dayang Bunting

Atas permintaan ilah untuk menjadi model di sini

Aktiviti kami bermain air di tasik.

Ramai gak yang main-main macam kiteorang.

Sebelum boleh sampai ke tasik yang indah ini, kiteorang perlu untuk mendaki bukit. Memang penat, sebab aku ni dah lama tak bersukan, so cepat pancit. Kedatangan kiteorang disambut oleh berekor-ekor monyet besar, kecil, tua dan muda hehehe. semuanya menanti dengan harapan akan diberikan makanan. Bahaya wo monyet ni, sebab ada kejadian di depan mata kami 2 orang budak pempuan ni beg diorang di rampas oleh monyet. Kesian sungguh habis barang2 dalam beg dia diselongkar, kamera, bra, seluar dalam diorang kena buang2. Ada pulak mat salleh tu boleh gelak tengok diorang. Aku rasa nak penampor jek mat salleh tu. Sib baik ada mamat berhati baik dari indonesia tolong diorang. Ambil balik semua barang2 budak perempuan ni. Aku dan laki aku tengok jek sebab kami memasing mengendong budak2 ni. Rasa besalah pon ada, tapi demi keselamatan anak2,kami cuma dapat jerit2 je dari jauh dengan harapan monyet2 tu lari.

Ada beberapa gambar yang kiteorang tangkap sepanjang Aktiviti island hopping ini...layan....:)

Selepas 1 jam di dayang bunting kami pergi
pula untuk melihat helang makan

Helang sinonim dengan Langkawi. Operator bot mencampak sebaldi ayam ke laut, beberapa minit kemudian berduyun-duyun helang menyambar ayam tersebut. Hehe untung helang makan free tiap2 hari.


Kiteorang di bawa pula ke pulau beras basah. Kami diberikan masa 1 jam untuk mandi manda, tapi aku dan ilham tak mandi pon. sebab malas nak salin2 baju. Lagipon pulau beras basah ni macam sebuah pulau yang telah ditinggalkan, tak ada apa-apa pon, tandas awam pon tak ada. tak pe lah bagi anak2 jek yang mandi cukuplah.

Ala-ala cerita baywatch..:))


Mak pon nak posing!

Aktivit tu semuanya dinikmati dalam hanya 4 jam sahaja. Tapi memang menyeronokkan. Kiteorang tiba di jeti semula dalam pukul 1.30 petang. Perut memasing tengah keroncong. Lepas makan tengahari kami pon balik semula ke hotel.