Sunday, June 17, 2012

Satay Kajang

Hari ni cuti, seperti biasa tak ada plan pon nak kemana-mana. Ilham kerja pulak. aku dan anak-anak duduk rumah sambil2 buat apa2 yang patut. Petang tu lepas ilham balik kerja dia ajak pergi makan satay. Kalau satay tu harus lah ke kajang kan...baru nama makan satay kajang. Semua perut sedang lapar sebab aku tak masak petang tu, ingat nak masak lepas encik somi balik kerja, tapi dah dia ajak makan luar...yuh lega yahooo tak yah masak le aku. So, bayangkanlah tahap kelaparan anak-anak aku masa tu kan....hehehe zalim betul aku kan...

Duduk je kat meja tu, ilham tanya nak berapa sebab dia nak gi beratur beli. Terus aku cakap errr berapa nak oder. ilham cakap suka hati ila le...hehehe okey lah cengitu... "bagi 20 ayam 20 daging" hehehe sambil mata bersinar...gembira la tuuuu...siap tambah nasi impit + bawang potong ye...aku kalau tak ada bawang rasa macam tak makan satay...at lease bawang tu boleh potong rasa mual sikit...

Posing before makan

Tention tul kalau nak mengambil pic bdk bujang ni!

Beberapa minit kemudian, sampai lah satey 40 cucuk yang diminta. Si budak dan mak budak yang lapar terus melahap tak hengat.

Gambar goyang sebab x snap guna hp murah jek