Friday, December 27, 2013

Yuran Smart Reader Kids & Sekolah Darjah 1

Penghujung tahun 2013 merupakan tahun paling sibuk untuk aku dan suami, sibuk untuk menyediakan keperluan anak-anak untuk bersekolah. Semua kelengkapan persekolahan disediakan secukupnya untuk dua orang anak.

Balqis, akan mula bersekolah darjah satu tahun hadapan. Sebelah petangnya pula dia akan bersekolah agama. Memang pack jadual untuk dia tahun hadapan. Hujung minggu pula aku masih lagi menghantar dia belajar mengaji di Al-Baghdadi,  dan kini aku berkira-kira untuk menghantar dia untuk tuisyen english di Smart Reader.

Adam.... anak bongsu aku, umur dia dah mencecah 5 tahun dan tahun hadapan dia akan bersekolah di Smar Reader Pandan Indah. Selesai urusan pendaftaran dia minggu lepas. Yuran tahun hadapan nampaknya memang telah naik kepada 290 sebulan. Berbanding Balqis 270 sebelum ini.

Disini aku share berapa angaran kos yang kami keluarkan bagi belanja persekolahan anak kami berdua untuk tahun 2014:

Balqis-Darjah1
  1. Buku sekolah kebangsaan = RM160
  2. Buku sekolah agama = RM65
  3. Yuran sekolah agama = RM180
  4. Yuran sekolah kebangsaan = ??? as of today cikgu belum inform parent lagi
  5. Kelengkapan sekolah untuk 2 pasang sekolah pagi dan 2 pasang sekolah petang = RM300

Adam-5 Years Smart Reader Kids
  1. Books, music, registeration, uniform set, concert & sport, insurance, misc = RM 1040
  2. Yuran advance untuk Jan,Feb,March &Dis = RM1160
  3. Yuran quoter 2 = RM1160 (monthly RM290)
  4. Yuran quoter 3 = RM1160
Balqis bersedia dah untuk ke sekolah

Adam bergaya dengan uniform nye