Sunday, July 14, 2013

Belajar Mengaji Di Al-Baghdadi Learning Center

Sudah 8 bulan Balqis belajar di Al Baghdadi Lerning Center Pandan Indah. Alhamdulilah, perkembangan dia sangat memuaskan. Selain menghantar dia ke mengikuti program SRK, saya juga menghantar Balqis ke sini juga untuk bekalan dia kemudian hari. Kaedah yang diajar di center ini amat saya puas hati. Balqis sudah pandai membaca ayat-ayat al quran. Alhamdulilah...terima kasih kepada Ustazah & Ustad yang mengajar anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
 
 
 
Berikut serba sedikit info tentang AL-BAGHDADI LEARNING CENTER. kepada siapa yang berniat nak menghantar anak-anak mereka disini, saya mememang 100% mengsyorkannya. Kaedah pembelajaran mereka amat mudah, dan cepat.
 
 
APA ITU ALC?
ALC ialah Al-Baghdadi Learning Centre. Ia merupakan pusat Pembelajaran Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi sebagai method (cara) dalam pembelajarannya.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Ianya sesuai untuk setiap golongan. Semoga Learcing Center ini terus maju jaya....

Kalau sesiapa yang nak belajar di sini boleh ambil contact number di gambar diatas tapi kalau tak berapa jelas. Ni nombornya (Ustazah Siti Rohani: 017-6788757)

Bayaran: Pendaftaran RM 75.00 & Bulanan RM 100.00