Thursday, August 29, 2013

Feminin Wash dan Masker Vagina dari JSD

Assalamualaikum...
Hari raya yang lalu, aku balik kampung suami. Tahun ini adalah turn balik ke Perak. Seminggu kami beraya di sana. Dah berkumpul ramai-ramai adik beradik, banyak la yang kami bualkan. Satu hari tu ada seorang makcik datang rumah mak mentua aku nak mintak daun sireh untuk dibuat gubahan pengantin. Mak dan adik ipar aku tolong makcik tu petik daun sireh di belakang rumah. Kebetulan mereka pun petik lebih untuk dibuat pencuci miss v.

Memula aku tak tahu apa yang adik ipar aku tengah rebus. Dia kata nak buat ubat....hehe pas tu dia inform ubat untuk mencuci kita punya intim...aku pun berminat dan suruh dia buat lebih untuk aku sekali. Mak mentua aku cakap kalau ramas-ramas daun sireh ni pun pas tu basuh kat kita punya tut..tut pun boleh jugak. Tapi untuk kemudahan kami yang duduk kat bandar ni maka adik aku rebus siap2 kemudian bagi 2 botol air sireh untuk aku.

Seminggu aku di Perak then, terus balik ke Johor. Aku beraya seminggu juga di Johor. Johor adalah kampung belah aku. Setiap hari selama seminggu aku dah habiskan sebotol air sireh yang adik aku bekalkan. Seminggu lagi aku habiskan setibanya aku di KL. Nak dijadikan cerita, sebenarnya dalam 2 minggu aku setia guna pencuci sireh buatan sendiri ni aku dapati aku mengalami kegatalan. Mula-mula tak la teruk. Tapi masuk minggu ke dua...wah parah, aku rasa gatal tu dah berada kat dalam...aku risau giler sebab tak pernah terjadi seumur hidup aku.

Di office lagi teruk, nak buat kerja pun tak selesa. Aku cerita masalah aku kepada kawan baik ofice aku. Dia tanya aku "ko simpan tak air tu dalam peti ais?" damm... tak kot...aku letak kat bilik air jek...kalau lepas mandi aku guna la untuk buat cuci...mcm tu jek... adoi...dah sah mesti air tu basi kot...sebab tu aku kena gatal-gatal kat miss v aku...

Balik rumah aku ambil pamplet yang isteri kawan suami aku beri. Sebenarnya dia ejen Jamu Susuk Dara ni. Mulanya aku memang tak minat nak guna prodak dia tu... tapi lepas jadi macam ni aku terbaca pamplet dia. Petang tu jugak aku suruh laki aku belikan 2 barang ini. Feminin wash dan Masker Vagina. Pamplet tu terangkan 2 produk ni sesuai untuk kegatalan.

Laki aku pun akur la dengan permintaan aku ini, mungkin dia pun risau dengan apa yang jadi kat aku kot. Malam tu jugak aku dapat barang tu. Sebelum tidur aku pun menggunakannya seperti yang telah diarahkan. Isteri kawan suami aku pun ada sms cara nak guna produk ini. Bagus sungguh... dia bagi arahan dengan detail sekali.

Esoknya aku ke office, wow tak gatal langsung... memang bagus dan kena dengan aku. Aku terus batalkan niat nak ke klinik. Dah 3 hari aku pakai produk ini. Aku just nak share produk yang bagus kepada korang semua...dan aku bukan ejen pon. aku beli dengan harga biasa. 2 produk ni aku dapat harga 70 ringgit. Terima kasih JSD kerana selesaikan masalah saya...Semoga JSD maju jaya dalam berbusiness...