Sunday, December 9, 2018

Hapuskan Hutang Kereta

Hi bersiaran lagi uols..hehe

Sedih beb bila mana acc 2 KWSP ko dah tinggal 0. haha ya tinggal 0...sebab ko dah guna untuk bayar hutang ko. Tapi tak mengapalah.. janji hutang CC, PL dan PTPTN aku dah satel. Sekarang aku tekad untuk satelkan hutang kereta yang tinggal berbaki 1 tahun lagi. Korang nak tahu, sebenarnya aku ni cukup sayang nak guna duit simpanan tau. Bonus aku tahun 2016, 2017 memang aku simpan kemas-kemas. Aku kategori kedekut juga sebenarnya. Aku rasa tang kedekut simpan duit kat ASB dan TH tu diwarisi dari sifat emak aku. Tapi hujung tahun 2017 aku keluarkan juga saving tu untuk aku bayar hutang kereta. 

Sebab apa aku satelkan hutang kereta. Yang pertama kerana matlamat aku seterusnya adalah untuk menyimpan Aset dalam bentuk hartanah dan emas. Jadi untuk kearah tersebut, aku kena hapuskan dahulu hutang jahat termasuk hutang kereta aku tu. Monthly commitment aku telah menurun sekarang. Hanya hutang rumah berjumlah 550 sahaja yang tinggal. Aku ada extra 1,200 tiap-tiap bulan sekarang... yang dahulunya aku peruntukan untuk membayar 600 (kereta), 250 (PL), 100 (CC), 250 (PTPTN). Bila mana cashflow aku dah cantik, aku start saving semula setiap bulan sebanyak 1,200 sehingga dapat mencapai 3 bulan gaji dahulu.

Selepas aku berjaya mecapai sasaran saving 3 bulan gaji aku sekarang, aku mulakan matlamat untuk memiliki sebuah lagi rumah. Sekarang aku sudah ada sebiji rumah yang aku duduk (beli tahun 2008). Sebagai langkah permulaan menceburi bidang pelaburan. Kenapa aku pilih hartanah?? hahaha ini kerana aku rasa sangat rugi kenapa tak membeli rumah awal-awal dahulu... sebab kalau korang nak tahu rumah yang aku duduk sekarang nilai pasaran telah mencecah 200K berbanding harga belian dahulu hanya 80K... nampaknya berhuhu panjang la aku selama ini... aku cukup menyesal kenapa aku beli kereta tu, walhal kalau nak diikutkan suami aku sudah punya kereta pun. Dan kalau nak diikutkan aku boleh je guna kereta suami aku untuk ke office. Sebab dia sendiri sudah ada Hilux dan moto untuk urusan kerja dia.. kereta wira dia tu tersidai je di lot parking bawah rumah. Tapi kan...nak menyesal pun tak guna kan..benda dah berlaku. Jadi untuk memperbaiki kesilapan yang aku telah lakukan 10 tahun lepas. Aku nekad untuk memiliki sebiji lagi rumah untuk tujuan pelaburan.

Tamat Kisah Satel Hutang ku..... dan bermulah Kisah Pelaburan Hartanah pulak lepas ni... kikiki




No comments:

Post a Comment