Wednesday, June 17, 2015

Pertama Ramadan

Assalamualaikum semua. Pagi tadi bangun masak sahur seawal 3.30pagi. Masak nasi panas-panas yang penting. Lauk pulak ayam paprik. Buat tak pedas sebab balqis dan adam nak join puasa juga insyallah tahun ini. Cuma portion tu kena kurangkan sikit berbanding masak biasa. Almaklumlah pepagi buta nak makan kan...selera tu kurang sikit. Untuk bangkitkan selera pepagi ni, aku goreng ikan pekasam seekor... sedap bertambah aku makan. Alhamdulilah...semoga Allah memberkati kami sekeluarga amin...




No comments:

Post a Comment