Showing posts with label Pendidikan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan anak-anak. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Belajar Mengaji Di Al-Baghdadi Learning Center

Sudah 8 bulan Balqis belajar di Al Baghdadi Lerning Center Pandan Indah. Alhamdulilah, perkembangan dia sangat memuaskan. Selain menghantar dia ke mengikuti program SRK, saya juga menghantar Balqis ke sini juga untuk bekalan dia kemudian hari. Kaedah yang diajar di center ini amat saya puas hati. Balqis sudah pandai membaca ayat-ayat al quran. Alhamdulilah...terima kasih kepada Ustazah & Ustad yang mengajar anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
 
 
 
Berikut serba sedikit info tentang AL-BAGHDADI LEARNING CENTER. kepada siapa yang berniat nak menghantar anak-anak mereka disini, saya mememang 100% mengsyorkannya. Kaedah pembelajaran mereka amat mudah, dan cepat.
 
 
APA ITU ALC?
ALC ialah Al-Baghdadi Learning Centre. Ia merupakan pusat Pembelajaran Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi sebagai method (cara) dalam pembelajarannya.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Ianya sesuai untuk setiap golongan. Semoga Learcing Center ini terus maju jaya....

Kalau sesiapa yang nak belajar di sini boleh ambil contact number di gambar diatas tapi kalau tak berapa jelas. Ni nombornya (Ustazah Siti Rohani: 017-6788757)

Bayaran: Pendaftaran RM 75.00 & Bulanan RM 100.00
 
 
 

Smart Reader Kids Programme

Mungkin ramai ibu-bapa yang sibuk servay sekolah untuk sesi 2014 kan...lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang baru pertama kali hantar anak mereka. Saya pun macam tu juga. Lebih-lebih lagi ini adalah anak pertama saya, jadi saya mengharapkan dia boleh mengajar adik dia kemudian hari...senang sikit kerja saya..hehe...
 
Saya nak cerita tentang perkembangan anak perempuan saya, Balqis yang sedang mengikuti Program Smar Reader Kids selama 2 tahun di sana. Balqis masuk sekolah SRK pada usia dia 5 Tahun dan masih lagi bersekolah di sana pada usia dia sekarang 6 Tahun. Alhamdulilah, saya memang berpuas hati dengan perkembangan pembelajaran dia.
 
Balqis adalah di antara murid yang cemerlang di SRK Taman Putra. Kerap juga saya bertanya dengan pengetuanya, dan mendapatkan tips2 terbaik dalam membantu Balqis. Saya bukan seorang ibu yang pantau pelajaran anak saya. Memang dikatakan saya agak pemalas, hehehe...tapi saya tahu Balqis seorang anak yang pandai membahagikan masa walaupun dalam usia yang muda. Saya bukan jenis yang suka puji anak pun. Tapi saya perhatikan dia memang seorang yang bertanggungjawab. Bila balik je sekolah, bila ada homework dia akan sattlekan semua homework dulu, kemudian kemas buku sendiri dan pensil-pensil dia pun siap-siap sharp sendiri.
 
Saya tak pernah mengajar dia membaca, tapi sekarang dia sudah lancar membaca. Saya bawa dia ke kedai buku, dan dia pilih buku yang dia suka. Saya terkejut sebab dia beli buka cerita yang panjang. Hahaha...saya sibuk pilihkan buku suku kata...dia kata dia nak buku cerita puteri dengan katak...Balqis..balqis...lucu..mama sendiri pun tak tahu...

SRK Programme memang banyak bukunya. Hampir 2 tahun penuh satu rak buku dia. Setiap murid diajar secara level by level. Balqis juga sudah pandai membaca dalam Bahasa Inggeris. Dia sudah pandai bunyikan suku kata dalam english. wah!!! saya pun seumur dia dulu tak reti membaca lagi tau...Selain membaca, matapelajaran matematik dia juga bagus. Sekarang dia sudah belajar melihat Jam. Sudah pandai membuat tolak, tambah nombor sehingga 99. Kiranya saya tidak merasa bimbang untuk menghantarnya ke sekolah rendah tahun hadapan.


Balqis duduk di kanan sekali. Satu lagi info, murid dalam sekelas tak ramai dalam 10- 15 orang sahaja, jadi teacher akan lebih dekat dengan murid.

Nak tahu tentan fees Smart Reader Kids boleh ke post ini