Showing posts with label My beloved kids. Show all posts
Showing posts with label My beloved kids. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Yuran Smart Reader Kids & Sekolah Darjah 1

Penghujung tahun 2013 merupakan tahun paling sibuk untuk aku dan suami, sibuk untuk menyediakan keperluan anak-anak untuk bersekolah. Semua kelengkapan persekolahan disediakan secukupnya untuk dua orang anak.

Balqis, akan mula bersekolah darjah satu tahun hadapan. Sebelah petangnya pula dia akan bersekolah agama. Memang pack jadual untuk dia tahun hadapan. Hujung minggu pula aku masih lagi menghantar dia belajar mengaji di Al-Baghdadi,  dan kini aku berkira-kira untuk menghantar dia untuk tuisyen english di Smart Reader.

Adam.... anak bongsu aku, umur dia dah mencecah 5 tahun dan tahun hadapan dia akan bersekolah di Smar Reader Pandan Indah. Selesai urusan pendaftaran dia minggu lepas. Yuran tahun hadapan nampaknya memang telah naik kepada 290 sebulan. Berbanding Balqis 270 sebelum ini.

Disini aku share berapa angaran kos yang kami keluarkan bagi belanja persekolahan anak kami berdua untuk tahun 2014:

Balqis-Darjah1
  1. Buku sekolah kebangsaan = RM160
  2. Buku sekolah agama = RM65
  3. Yuran sekolah agama = RM180
  4. Yuran sekolah kebangsaan = ??? as of today cikgu belum inform parent lagi
  5. Kelengkapan sekolah untuk 2 pasang sekolah pagi dan 2 pasang sekolah petang = RM300

Adam-5 Years Smart Reader Kids
  1. Books, music, registeration, uniform set, concert & sport, insurance, misc = RM 1040
  2. Yuran advance untuk Jan,Feb,March &Dis = RM1160
  3. Yuran quoter 2 = RM1160 (monthly RM290)
  4. Yuran quoter 3 = RM1160
Balqis bersedia dah untuk ke sekolah

Adam bergaya dengan uniform nye




Sunday, July 14, 2013

Belajar Mengaji Di Al-Baghdadi Learning Center

Sudah 8 bulan Balqis belajar di Al Baghdadi Lerning Center Pandan Indah. Alhamdulilah, perkembangan dia sangat memuaskan. Selain menghantar dia ke mengikuti program SRK, saya juga menghantar Balqis ke sini juga untuk bekalan dia kemudian hari. Kaedah yang diajar di center ini amat saya puas hati. Balqis sudah pandai membaca ayat-ayat al quran. Alhamdulilah...terima kasih kepada Ustazah & Ustad yang mengajar anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
 
 
 
Berikut serba sedikit info tentang AL-BAGHDADI LEARNING CENTER. kepada siapa yang berniat nak menghantar anak-anak mereka disini, saya mememang 100% mengsyorkannya. Kaedah pembelajaran mereka amat mudah, dan cepat.
 
 
APA ITU ALC?
ALC ialah Al-Baghdadi Learning Centre. Ia merupakan pusat Pembelajaran Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi sebagai method (cara) dalam pembelajarannya.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Ianya sesuai untuk setiap golongan. Semoga Learcing Center ini terus maju jaya....

Kalau sesiapa yang nak belajar di sini boleh ambil contact number di gambar diatas tapi kalau tak berapa jelas. Ni nombornya (Ustazah Siti Rohani: 017-6788757)

Bayaran: Pendaftaran RM 75.00 & Bulanan RM 100.00
 
 
 

Smart Reader Kids Programme

Mungkin ramai ibu-bapa yang sibuk servay sekolah untuk sesi 2014 kan...lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang baru pertama kali hantar anak mereka. Saya pun macam tu juga. Lebih-lebih lagi ini adalah anak pertama saya, jadi saya mengharapkan dia boleh mengajar adik dia kemudian hari...senang sikit kerja saya..hehe...
 
Saya nak cerita tentang perkembangan anak perempuan saya, Balqis yang sedang mengikuti Program Smar Reader Kids selama 2 tahun di sana. Balqis masuk sekolah SRK pada usia dia 5 Tahun dan masih lagi bersekolah di sana pada usia dia sekarang 6 Tahun. Alhamdulilah, saya memang berpuas hati dengan perkembangan pembelajaran dia.
 
Balqis adalah di antara murid yang cemerlang di SRK Taman Putra. Kerap juga saya bertanya dengan pengetuanya, dan mendapatkan tips2 terbaik dalam membantu Balqis. Saya bukan seorang ibu yang pantau pelajaran anak saya. Memang dikatakan saya agak pemalas, hehehe...tapi saya tahu Balqis seorang anak yang pandai membahagikan masa walaupun dalam usia yang muda. Saya bukan jenis yang suka puji anak pun. Tapi saya perhatikan dia memang seorang yang bertanggungjawab. Bila balik je sekolah, bila ada homework dia akan sattlekan semua homework dulu, kemudian kemas buku sendiri dan pensil-pensil dia pun siap-siap sharp sendiri.
 
Saya tak pernah mengajar dia membaca, tapi sekarang dia sudah lancar membaca. Saya bawa dia ke kedai buku, dan dia pilih buku yang dia suka. Saya terkejut sebab dia beli buka cerita yang panjang. Hahaha...saya sibuk pilihkan buku suku kata...dia kata dia nak buku cerita puteri dengan katak...Balqis..balqis...lucu..mama sendiri pun tak tahu...

SRK Programme memang banyak bukunya. Hampir 2 tahun penuh satu rak buku dia. Setiap murid diajar secara level by level. Balqis juga sudah pandai membaca dalam Bahasa Inggeris. Dia sudah pandai bunyikan suku kata dalam english. wah!!! saya pun seumur dia dulu tak reti membaca lagi tau...Selain membaca, matapelajaran matematik dia juga bagus. Sekarang dia sudah belajar melihat Jam. Sudah pandai membuat tolak, tambah nombor sehingga 99. Kiranya saya tidak merasa bimbang untuk menghantarnya ke sekolah rendah tahun hadapan.


Balqis duduk di kanan sekali. Satu lagi info, murid dalam sekelas tak ramai dalam 10- 15 orang sahaja, jadi teacher akan lebih dekat dengan murid.

Nak tahu tentan fees Smart Reader Kids boleh ke post ini
 
 
 

Sunday, May 13, 2012

Balqis sport day

Hari sukan balqis berlangsung pada hari Ahad 13 May 2012 di Universiti Malaya. Sehari sebelum tu aku dan ilham sibuk mencari sport shooes dan track sut untuk dipakai pada hari itu. Ini kes tak pernah berjoging atau membuat aktiviti riadiah sebab tu agak kalut juga. Pagi-pagi dah gerak ke UM sebab aktiviti akan berlangsung pada pukul 9.00 am. sebelum pukul 8.30 am semua parent kena daftar anak mereka di booth sekolah masing-masing.

Biasale..dimulakan dengan perbarisan semua SR yang mengambil bahagian.
Pastu nyanyi2 kemudian acara pon dimulakan

Aksi balqis kepit bola. Tapi bola dah terlepas daaa...:))


balqis buat muka cute time dapat medal!




Tuesday, December 27, 2011

Going to School

Peace no war...hahaha...seronok tengok kakak nak going to school next year. Belajar rajin-rajin ye kakak, jadi contoh kepada Adam. Adam ni pun sibuk menerai baju kakak dia...comey! anak-anak mama memang comel...sayang both of you...

Thursday, March 3, 2011

Hari minggu tanpa papa





Sebelum mandi kita main dulu...


Hari ahad yang lepas aku bawak budak2 pergi pusing-pusing. Si kakak sibuk mengomel katanya kita nak pergi mana mama? uissss budak2 skrg ni...ada jek plan nak keluar...tapi aku memang kesian kat anak2 aku ni...ye lah dulu aku kat kampung ada jek plan time cuti sekolah...pergi memancing lah...pergi mandi parit lah...pergi main pondok2 lah... Tapi tak pelah sayang...mama bawak korang kita mandi klcc...

Saturday, January 23, 2010

Si kakak demam

Dari petang tadi balqis muntah2. selain tu dia cirit birit jugak...risau sunguh aku. Aku dah bagi ubat demam, aku bagi ubat sakit perut. Tapi sampai malam pun masih panas lagi. Aku tuam kepala dengan tuala lembab. Aku kena pantau panas dia ni... malam ni mesti tak lena tidor... macam tulah ibu kan. Teringat emak kat kampung.... Kakak cepat la sembuh..risau mama...

Tuesday, January 19, 2010

Adam...Our Prince

Adam semakin membesar. Sekarang dah pandai maju kedepan. Habis baju kotor sebab mengelap lantai... tapi syukur pada tuhan, menganugerahkan kami seorang anak yang bijak. Perkembangan dia cepat dan dia kuat dan sihat. Kemarin dia telah jatuh dari buai... terkejut aku dibuatnye. Dengar suara dia mengangis, aku ingat dia nak susu sama seperti kebiasaan, tapi tup2 dah ada kat bawah buaian. Ilham pun masuk tengok bila aku jerit terkejut. Masing2 risau kalau ada apa2 berlaku kat adam. Tapi alhamdulilah adam baik saja. Dah 2 hari ni, semakin lasak je... tak nangis lagi.... Ya Allah lindungi anak2 ku ini...

Sunday, October 25, 2009

Si adik yang baik...

Anak aku yang 2nd ni baik je... x banyak kerenah...senang nak jaga dia... dia tahu mama penat kerja... x banyak ragam...lapar minum susu, tido, main sendiri... sekarang dia dah pandai menyiarap... cepat kan... umur dia bru nak masuk 4 bulan.

^
^
ni gambar dia baru 4 hari...berat 2.8 kg
ni umur dia 3 bulan

Saturday, October 24, 2009

gambar kakak



Dah hujung bulan syawal baru balik Jhr. Gerak lepas balik kerja.kul 9 baru tolak. Tapi mak tak de kat kg. Semua adik beradik aku gi JB. kul 1 baru sampai umah abang... Esok nye ptg baru gerak bali sebelum tu jalan2 kat Danga Bay...tengok Balqis tu...


Kakak jangan lari nanti jatuh la... tak peduli pun aku cakap... syok katakan. seronok kat tepi laut ni... angin bertiup sepoi2 bahasa tu... kih..kih