Tuesday, August 20, 2013

JOM ABC, BCL dan BBC


ABC, BCL dan BBC (ANTI BARANGAN CINA, BUY CHINESE LAST DAN BOIKOT BARANG CINA)

Hari ini saya terpanggil untuk membaca mengenai roti Massimo dan roti Gardenia.  Baru saya tahu yang Massimo adalah keluaran orang Cina. Kalau boleh saya memang elakkan dari cuba membeli barangan buatan Cina kerana saya rasa saya perlu support keluaran orang Melayu. Oleh kerana saya orang Melayu. Kalau bukan Melayu siapa lagi yang nak tolong Melayu.

Resist ke?

Saya bukan resist, saya juga bukan benci Cina, saya ada ramai kawan Cina. Jiran sebelah, depan rumah semua Cina. Saya duduk kawasan yang majoritinya adalah orang Cina.  Anak saya juga saya hantar belajar bahasa Cina.

Kenapa?

Pendapat saya kerana saya merasakan sudah sampai masa kita berpikiran seperti orang Cina. Berapa banyak orang Cina akan masuk kedai Melayu? Tiada kan. Mereka beli pun kalau barang tersebut hanya di jual di kedai Melayu sahaja. Ataupun kalau tiada pilihan lain. Dulu saya selalu pergi ke kedai Ubat Cina di kawasan perumahan saya. Susu, drypers, sardin, gula, beras saya beli di kedai tersebut. Tiada satu pun barangan orang Melayu dijual dalam kedai itu. Kalau ada pun tepung adabi… tu pun tersorok di belakang kedai.





SENARAI BARANGAN MILIK ORANG ISLAM
1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D'herbs
33. Mydin
34. MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
SENARAI BARANGAN ORANG CINA
1.Tepung Gandum Cap Sauh
2. Sri Murni Minyak Masak
3. Sri Murni Nugget
4. Marina Nugget
5. Marina Tuna
9. Roti Massimo
10. PowerRoot Ali Cafe
11. PowerRoot Oligo Cereal
12. PowerRoot 9SPOT ISOTONIK
13. Malta
14. NutriMalt
15. Teh Cap Masjid
16. Teh Guru Cap Masjid
17. Pau Ahmad
18. Old Town White Coffee
19. Pasaraya EconSave
20. Pasaraya KK mart
21. Pasaraya 99 SpeedMart
22. Minyak Knife
23. Minyak Buruh
24. Minyak Naturel
25. Minyak Daisy
26. Drinho ALL DRINKS
27. Isomax Isotonic
28. HomeSoy
29. Farm Crows Butter
 

 

Monday, July 15, 2013

Kuih Lidah Buaya

Siapa yang tak kenal kuih ni. Kuih lidah buaya atau pun kuih tiram....Mula-mula tengok macam tak teringin nak makan. Tapi lepas tengok anak-anak makan rasalah seketul. Ngap...wah lepas tu tak berhenti-henti pulak mengunyah. Rasanya rangup je, selalunya kalau kita beli kat luar keras semacam je kan. Tapi yang ini sangat sedap.
 
Tak sangka anak-anak saya dah jadikan kuih ni sebagai kuih favorite mereka. Tiap-tiap tahun kakak saya akan bekalkan kuih ini untuk saya sekeluarga. Sebab dia memang tahu anak-anak saya sukakan kuih ini.
 
Sepanjang puasa ni saya ada bawa sampel ke ofice untuk bagi kawan-kawan saya try. Mereka kata sedap dan nak oder dari kakak. hehehe kan memang saya kata sedap, ini bukan kerana nak promosi kuih kakak saya ye...tapi memang kenyataan. Sesiapa yang nak order boleh beli melalui saya. Insyallah saya akan minta kakak saya tolong buatkan. Saya sekadar nak berkongsi rasa sedap kuih lidah buaya ini.
 

 
Sesiapa yang duduk area KL boleh SMS : 017-6998703
Sesiapa yang duduk area Mersing/Kluang/BP boleh SMS: 017-7922274
 

Sunday, July 14, 2013

Belajar Mengaji Di Al-Baghdadi Learning Center

Sudah 8 bulan Balqis belajar di Al Baghdadi Lerning Center Pandan Indah. Alhamdulilah, perkembangan dia sangat memuaskan. Selain menghantar dia ke mengikuti program SRK, saya juga menghantar Balqis ke sini juga untuk bekalan dia kemudian hari. Kaedah yang diajar di center ini amat saya puas hati. Balqis sudah pandai membaca ayat-ayat al quran. Alhamdulilah...terima kasih kepada Ustazah & Ustad yang mengajar anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
 
 
 
Berikut serba sedikit info tentang AL-BAGHDADI LEARNING CENTER. kepada siapa yang berniat nak menghantar anak-anak mereka disini, saya mememang 100% mengsyorkannya. Kaedah pembelajaran mereka amat mudah, dan cepat.
 
 
APA ITU ALC?
ALC ialah Al-Baghdadi Learning Centre. Ia merupakan pusat Pembelajaran Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi sebagai method (cara) dalam pembelajarannya.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Ianya sesuai untuk setiap golongan. Semoga Learcing Center ini terus maju jaya....

Kalau sesiapa yang nak belajar di sini boleh ambil contact number di gambar diatas tapi kalau tak berapa jelas. Ni nombornya (Ustazah Siti Rohani: 017-6788757)

Bayaran: Pendaftaran RM 75.00 & Bulanan RM 100.00