Showing posts with label Krim Esther dan WG. Show all posts
Showing posts with label Krim Esther dan WG. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

WonderGlow dan Esther

Assalamualaikum kepada sesiapa yang terbaca tentang 2 prodak skin care ini. Sebenarnya saya buat entry ini kerana saya telah terima banyak pertanyaan berkenaan prodak tersebut disebabkan post saya sebelum ini. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua pembaca entry , kerana saya memang terlalu sibuk kebelakangan ini dan tidak sempat untuk membalas kesemua pertanyaan kalian. Sibuk kerana urusan kerja (2 projek baru serentak nak setup). Begitulah...malam pun tak sempat nak bersosial tau(heheh FB le apa lagi). Balik malam sampai rumah sembang dengan anak2 and hubby pastu terus tidur..kekadang  kalau balik awal pun terus tidul awal...penat.

OK berbalik kepada tajuk post diatas, banyak pertanyaan berkenaan macam mana nak beli produk Esther... maaf ya...saya ingin maklumkan disini saya bukanlah penjual atau menjual prodak Esther. Saya hanya beli melalui kakak saya di Johor. Oleh yang demikian saya TIDAK menjamin adakah produk ini sesuai dengan kulit anda semua memandangkan saya hanyalah pengguna prodak ini. Tapi melalui pengalaman saya, saya memang sesuai dengan Esther. Tetapi pada pandangan saya juga, sesiapa yang pernah memakai krim WG dan tiada masalah menggunakannya maka insyallah krim Esther juga berkesan kepada kulit muka anda. Disebabkan harga nya lebih murah daripada WG, so amatlah berbaloi untuk saya terus memakai Cream Esther daripada Cream WG.

Ramai juga yang tanya macam mana nak beli krim Esther? OK disebabkan ramai yang nak beli krim Esther ni. Saya boleh tolong belikan krim Esther ini untuk anda semua. Tetapi kos pos hendaklah ditanggung oleh anda ya...Tapi kena sms saya dulu dan baru saya akan bagi account no saya. Buat masa ini semua urusan melalui sms sahaja. Kalau beli lebih dari satu set maka boleh jimat kos pos la .. Keuntungan saya? Tidak ... saya tidak akan ambil untung kerana barang anda akan terus diposkan oleh kakak saya di Johor tetapi setelah duit berjaya di transfer ke account. Anda hanya membayar Harga Esther cream set gold dalam 40 ringgit dan kos pos semenanjung adalah 10 ringgit. Itu sahaja...

Anda semua, saya ingin maklumkan bahawa saya tidak pernah memburukan produk WonderGlow atau mengatakan produk WonderGlow tidak bagus. tetapi apa yang saya paparkan dalam entry tersebut adalah melalui pengalaman dan pandangan saya sahaja.  Kini cream Esther adalah teman setia saya...semoga ianya berkesan juga kepada anda yang hendak mencuba...

Wednesday, August 28, 2013

Dari Krim Wonder Glow tukar kepada Esther Gold

Assalamualaikum...hari ini saya nak berkongsi cerita tentang krim muka yang pernah saya paparkan dalam post sebelum (silalah baca entri di sini untuk mengetahui cerita yang sebenar). Setelah habis "krim WG hanya pada penutup stikernya tetapi sebenarnya adalah (krim Esther silver)", saya telah membeli krim Esther yang sebenarnya daripada anak saudara di kampung. Minggu lepas krim tu sampai ke tangan saya menggunakan pos laju. Kali ini saya menggunakan Krim Esther Gold setelah disyorkan oleh kakak saya. Okey harga set Esther Gold (A+B + Sabun) hanya 40 ringgit sahaja.

Masuk ke hari ini sudah 5 hari percubaan menggunakan krim Esther Gold. Alhamdulilah...saya sangat berpuas hati. Krim ini lagi berkesan daripada "krim WG hanya pada penutup stikernya tetapi sebenarnya adalah (krim Esther silver)". Parut-parut jerawat saya semakin pudar.

Apa cerita dengan Wonder Glow ek? Insyallah saya tidak akan membeli prodak mereka lagi. Ada juga intai-intai senarai barangan wonder glow di web site..wah terkejut saya...hanya beberapa bulan dah banyak senarai produk yang dikeluarkan oleh wonder glow... confiuse.... gitu lah kalau business replicate ni... product orang tukar jenama sendiri... just imagine kalau tengok brand2 asing yang lain... makan bertahun untuk keluarkan satu2 product... Entahlah...saya ni tak pandai nak berbusiness. Tapi kalau boleh biarlah business secara jujur baru lah berkekalan...

Wednesday, June 5, 2013

Wonder Glow Tiru Esther

Product Wonder Glow Basic Set (Paket Cream S-M + Sabun) yang saya beli dengan harga 100 ringgit sebenarnya adalah product Esther yang telah terjual banyak di Indonesia dengan harga Rp. 75.000,- = RM 30 . Ia juga mengandungi (Paket Cream S-M + Sabun).

 
 
Bagaimana saya dapat tahu krim WG adalah sebenarnya krim Esther?
 
Biar saya cerita dahulu bagaimana saya mula-mula membeli krim WG. Saya beli  kerana saya telah melihat kepada paparan screen shoot oleh penjual mengatakan product mereka telah didaftakan di (Official Portal of the National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB), Ministry of Health Malaysia).  Jadi saya merasakan ianya selamat untuk saya guna. Saya telah menghabiskan 1 set WG selama 1.5 bulan dan telah membeli 2nd set untuk bulan berikutnya berikutkan krim ini memang sesuai dengan saya dan saya sangat suka dengan krim ini.
 
Tetapi mengapa saya buat entry ini sedangkan saya sayangkan krim ini?
 
Buat pengetahuan semua, baru-baru ini saya telah pulang ke kampung. Kerana musim cuti sekolah, semua kakak dan abang saya pulang juga ke kampung. Bila dah ramai-ramai berkumpul bersama, saya menegur anak kakak saya kerana kulit muka dia sangat bersih, sedangkan 3 bulan sebelum ini, saya jumpa muka dia tak la sebegitu. Ada juga lah 3/4 jerawat batu kat muka... Dia telah menunjukkan krim yang dipakai kepada saya. Dia kata kakak saya juga baru pakai krim yang sama. Saya cuba membuka penutup krim tersebut dan menghidu bau krim tersebut. Krim tersebut memang biasa dengan saya, saya cepat-cepat mengambil krim WG saya dan buat perbandingan kedua-duanya. ini la hasilnya....
 
 
Krim WG saya dengan Krim Esther anak saudara saya... Ini adalah krim siang kami..kemudian saya buat perbandingan dengan krim malam pula..........
 
 
Ini pula adalah krim malam WG saya dan krim malam anak saudara saya..... texture serupa dan baunya juga sama 100%.
 
Saya amat terkejut dan merasa sedikit hampa dengan krim WG saya. Saya merasakan sepatutnya perkara sebegini tak terjadi pada saya. Nak mengatakan saya telah tertipu...entahlah...kakak dan anak saudara saya senyum je bila mengetahui hal ini. Perasaan saya pada waktu tu tak tak nak kata apa lah...saya pernah promote product WG kepada ahli keluarga saya tapi lepas tahu benda ni, saya jadi malu pulak...huhuhu 
 
 
Ini krim Esther anak saudara saya. Terdapat tulisan esther di keliling penutup dengan tulisan silver. Bila saya perhati krim WG saya. Saya amat terkejut dan bertambah lagi hampa dan sangat2 sedih....
 
 
Krim WG saya juga terdapat tulisan esther yang telah dipadam.....Untuk kelihatan dalam pic diatasa saya telah conteng tulisan tersebut dengan pensel....Saya mersa sangat geram, kenapa owner product ni tak tukar bekas sebaliknya menggunakan bekas yang sama tetapi hanya menanggalkan tulisan tersebut. Adakah mereka nak cepat kaya dengan berbuat seperti ini. Kalau rebranding sekalipun sepatutnya owner kosmetik WG perlu tukar dedalam bekas yang lain. Saya sebagai pengguna yang percaya terhadap krim ini telah merasa amat kecewa. Dan terus buat entry ini untuk pengguna- pengguna lain yang senasib dengan saya. Maksud saya hanya satu, saya rasa saya ada hak untuk memberitahu kepada pengguna-pengguna luar kejadian yang sebenar.
 
Untuk makluman, sebelum saya membuat entry ini, saya telah bertanyakan soalan kepada penjual yang menjual krim ini kepada saya melalu laman FB nya... Saya bertanya soalan melalui private message untuk menjaga business dia. Ini kerana krim ini memang banyak terjual secara online di Malaysia.
 
Malangnya jawapan yang saya dapati amat mendukacitakan. Soalan yang panjang lebar saya utarakan hanya dijawab...."Entahlah ye Wallahualam..." Perasaan saya amat marah ketika itu. Saya inginkan kepastikan dari dia tapi jawapan yang diberikan adalah acuh tak acuh je. Begitu ke etika seorang peniaga. Hanya tahu jual barang sahaja.
 
Setelah saya berfikir seharian mengenai ini. Esoknya saya telah post di wall ajen penjual tersebut kerana jawapan yang membuatkan saya marah. Apa lagi melentinglah dia. Dia PM saya berkali2. dia kata saya tak sepatutnya berbuat begitu, dan menganggap saya tak profesional. Dia telah delete post saya. Dia menyatakan bahawa, sebarang pertanyaan sepatutnya harus melalui PM dan bukannya di WAll. Saya masih lagi beranggapan bahawa dia masih mahu menegakkan bahawa dia adalah betul dan saya adalah salah dan menulis di wall FB nya bahawa tindakan saya tidak patut. Kalau nak diikutkan saya adalah mangsa kepada penipuan product ini. Tetapi dia memperbesarkan isu mengapa saya post soalan tersebut di wall nya....saya tak paham denga orang meniaga ni...mungkin ini adat berniaga.

Terimalah kenyataan sebenarnya walaupun iannya pahit. 
 
Walaubagaimanapun, untuk menjaga hati dan menghormati business dia saya telah delete pic dan kenyataan saya di laman FB saya. Saya juga mengharapkan dia memberikan penjelasan sebenar. Ini kerana dia telah berjanji untuk memberikan penjelasan selepas dia dapat penjelasan daripada owner product.
 
Kemudian saya telah bertanyakan samada product yang saya beli dari dia ini adalah ori. Dan dia menyatakan bahawa dia adalah ajen yang berdaftar dan sememangnya ori daripada supplier. So, kesudahanya memang saya sudah jangkakan yang produt WG ini memang mengambil product Esther sebagai mereka. Saya hanya membongkar apa yang telah berlaku melalui pengalaman saya. Saya rasa setakat ini sahaja saya dapat lakukan. Harap pengguna-pengguna product WG pertimbangkanlah sebaiknya... Product ini memang bagus, tapi perbuatan menipu adalah tidak bagus sama sekali...pengguna ada hak untuk mengetahui apa yang mereka guna....tepuk dada tanya iman....
 
Ini adalah pic yang telah saya post di wall FB penjual...
 
 
 
 
Moralnya: Lebih baik beli daripada pengeluar sebenar prodak dan tentunya harga jauh lebih murah. Wassalam....