Sunday, December 9, 2018

Mengsyukuri nikmat yang Allah telah berikan

Assalamualaikum...
Selamat bersiaran. Ramai ke yang rindu dengan aku? haha perasaan kan aku ni... Entah-entah tak ada siapa pun yang sudi singgah blog aku ni kan. Tapi tak mengapa. Aku catat setiap patah di blog ini hanya untuk tatapan dan kenangan aku bila tua nanti.

Alhamdulilah...aku bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah dia berikan kepada aku sepanjang hampir separuh abad usia aku. Bila aku kenang semula perjalanan jatuh bangun aku dahulu...banyak betul pahit manis yang aku lalui. Betul kata orang, semakin lama kita akan semakin matang dan semakin tenang dengan setiap ujian yang Allah berikan.

Dari 2016 hingga penghujung 2018... lama kan aku tak update blog ni. Banyak sangat peristiwa berlaku sepanjang tempoh hampir 3 tahun ni ... Kalau nak tahu tahun 2018 adalah tahun paling sedih dalam hidup aku.. Pada Julai Abang aku telah pergi dijemput Ilahi, kemudian pada Oktober pula mak yang aku kasihi menyusul pula kerana sakit tua. Dan baru-baru ini hujung bulan November cucu baru yang baru lahir sehari telah menggal dunia. Ya Allah engkau tempatkan mereka semua di golongan orang-orang yang beriman. Tapi aku rasa aku tak nak lah start comback dengan cerita sedih ni. Hidup perlu diteruskan. Semoga kita semua beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin..

Sepanjang tempoh aku silent mode 3 tahun ini, aku bangkit dari lena di ulit mimpi bila mana hidup aku dikelilingi oleh hutang. Ya hutang jahat beb. Baru Aku tersedar..sampai bila aku hendak kais pagi makan pagi kais petang makan petang..haha.. macam susah sangat kan hidup aku... Tak la macam tu sangat.. tapi hakikatnya macam itu lah. Bertahun-tahun aku kerja tapi hanya untuk tutup hutang... sampai bila aku nak jadi macam ini kan. Aku kena bangkit dan start buat perancangan untuk bersara awal.

Plan aku start pada hujung 2013 sebenarnya dimana aku nekad untuk sattelkan hutang PTPTN, personal loan dan credit card aku... Insyallah aku akan cerita macam mana aku plan untuk sattelkan semua hutang jahat aku dalam post lain. Selepas hutang jahat satel aku plan untuk start rancang simpanan kecemasan dari 3 bulan gaji kepada 6 bulan gaji seterusnya kepada 1 tahun gaji aku. Ini pun Insyallah akan aku share juga dalam post lain nanti. Dan akhirnya perancangan aku untuk kumpul aset bernilai sehingga 1 juta sebelum umur aku mencecah 40 tahun. Insyaallah...semoga dipermudahkan urusan aku Ya Allah. amin..





No comments:

Post a Comment