Sunday, December 9, 2018

Insaf dengan Hutang

Kesedaran aku datang bila mana aku start satu projek di KWSP 2013/2014. Masa itu aku memang sesak sangat dengan duit. Tak cukup duit untuk belanja seharian. Duit gaji tinggal 0 beb. Sampai aku takut nak buat kira-kira dekat kertas. Ya, aku takut nak listkan semua hutang jahat aku...huhu..

Satu hari aku beranikan diri tanya ke kaunter KWSP untuk keluarkan acc 2 buat bayar monthly rumah yang aku duduk sekarang. Alhamdulilah dengan penerangan yang diberi oleh makcik yang jaga kaunter tu. Aku boleh guna acc 2 untuk bayar monthly loan rumah aku. Dengan syarat aku tak ada pending hutang bank tersebut. Dan selang 3 bulan lepas tu Aku start bayar loan rumah selama setahun guna acc2 kwsp. So montly gaji aku sekarang ada extra 550 ringgit untuk aku simpan. Ya aku simpan duit tu beb. Aku sayang nak guna duit 550 tu.. selama setahun aku dah dapat kumpul 7150. kemudian aku start tambah setahun lagi guna acc 2 kwsp buat benda sama. dan saving aku selama setahun dapat 7150 lagi untuk tahun kedua. Then apa aku buat dengan duit saving berjumlah 14K tu??

Buat pengetahuan korang, rekod ccriss aku memang koyak. Ada hutang PTPTN 30K. ada hutang personal loan 5K, ada hutang credit card 4K. Hutang kereta 15K...Hutang rumah 80K memang kalau nak buat pinjaman loan.. tanpa banyak bunyi bank akan terus buang application form aku tu dalam tong sampah...fuh sedih kan..

Kisah bermula bila aku kena reject dengan bank rakyat sebab ccriss koyak. Plan aku nak apply personal Bank rakyat 30K untuk aku tutup lubang hutang yang dah sedia ada. Kiranya gali lubang tutup lubang la... Alhamdulilah la Bank Rakyat reject loan aku...kalau lepas maka tambah lagi la hutang aku tu..

Baru aku sedar yang aku dah tak layak nak buat loan bank. So matlamat aku sekarang telah aku ubah kepada untuk mencantikkan rekod ccriss aku. Ingat tak aku ada saving 14K dalam ASB hasil dari acc2 kwsp aku. Ha dengan duit itulah aku cantikan rekod ccriss aku.

Aku satelkan duit hutang Credit Card aku 5K dan hutang personal loan aku 4K.. saving aku kini tinggal 5K. ya bila masa ko dah satelkan hutang. rekod dalam ccriss ko akan terus hilang untuk hutang tu tau..so sekarang hutang aku dah cukup cantik. Hanya ada hutang kereta dan hutang rumah. Tapi yang masih menyesakkan lagi fikiran aku adalah untuk hapuskan hutang PTPTN aku tu... banyak beb 30K tu huhu...menangis...

Matlamat aku sekarang untuk satelkan hutang PTPTN tanpa aku create hutang baru. Pada tahun 2016 ada promosi 20% diskaun dari PTPTN kepada peminjam bila mana bersetuju untuk langsaikan hutang sebelum disember 2016. Tanpa berfikir panjang, aku terus buat kira-kira untuk nekat bayar juga hutang sebelum 2017. hasil diskaun tersebut hutang aku dirkira sebanyak 24K sahaja.

Berita baik untuk aku bila acc 2 KWSP juga benarkan kita untuk buat pengeluaran bayar hutang PTPTN. Bila tambah duit bonus 2015 aku dalam 3K + 5K saving dan 16K acc 2 KWSP. Alhamdulilah satel hutang PTPTN aku penghujung tahun 2016.. Alhamdulilah..Ya Allah.. kau permudahkan semua perjalanan untuk aku satelkan hutang aku.

So now rekod ccriss aku sudah cantik. Hutang kereta dan hutang rumah aku bayar seperti biasa tanpa tergantung.

No comments:

Post a Comment