Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Budddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.
Mengenali Etnik Rohingya:
- Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam rohingya merupakan penduduk asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan.