Assalamualaikum...
Hari raya yang lalu, aku balik kampung suami. Tahun ini adalah turn balik ke Perak. Seminggu kami beraya di sana. Dah berkumpul ramai-ramai adik beradik, banyak la yang kami bualkan. Satu hari tu ada seorang makcik datang rumah mak mentua aku nak mintak daun sireh untuk dibuat gubahan pengantin. Mak dan adik ipar aku tolong makcik tu petik daun sireh di belakang rumah. Kebetulan mereka pun petik lebih untuk dibuat pencuci miss v.
Memula aku tak tahu apa yang adik ipar aku tengah rebus. Dia kata nak buat ubat....hehe pas tu dia inform ubat untuk mencuci kita punya intim...aku pun berminat dan suruh dia buat lebih untuk aku sekali. Mak mentua aku cakap kalau ramas-ramas daun sireh ni pun pas tu basuh kat kita punya tut..tut pun boleh jugak. Tapi untuk kemudahan kami yang duduk kat bandar ni maka adik aku rebus siap2 kemudian bagi 2 botol air sireh untuk aku.
Seminggu aku di Perak then, terus balik ke Johor. Aku beraya seminggu juga di Johor. Johor adalah kampung belah aku. Setiap hari selama seminggu aku dah habiskan sebotol air sireh yang adik aku bekalkan. Seminggu lagi aku habiskan setibanya aku di KL. Nak dijadikan cerita, sebenarnya dalam 2 minggu aku setia guna pencuci sireh buatan sendiri ni aku dapati aku mengalami kegatalan. Mula-mula tak la teruk. Tapi masuk minggu ke dua...wah parah, aku rasa gatal tu dah berada kat dalam...aku risau giler sebab tak pernah terjadi seumur hidup aku.
Di office lagi teruk, nak buat kerja pun tak selesa. Aku cerita masalah aku kepada kawan baik ofice aku. Dia tanya aku "ko simpan tak air tu dalam peti ais?" damm... tak kot...aku letak kat bilik air jek...kalau lepas mandi aku guna la untuk buat cuci...mcm tu jek... adoi...dah sah mesti air tu basi kot...sebab tu aku kena gatal-gatal kat miss v aku...
Balik rumah aku ambil pamplet yang isteri kawan suami aku beri. Sebenarnya dia ejen Jamu Susuk Dara ni. Mulanya aku memang tak minat nak guna prodak dia tu... tapi lepas jadi macam ni aku terbaca pamplet dia. Petang tu jugak aku suruh laki aku belikan 2 barang ini. Feminin wash dan Masker Vagina. Pamplet tu terangkan 2 produk ni sesuai untuk kegatalan.
Laki aku pun akur la dengan permintaan aku ini, mungkin dia pun risau dengan apa yang jadi kat aku kot. Malam tu jugak aku dapat barang tu. Sebelum tidur aku pun menggunakannya seperti yang telah diarahkan. Isteri kawan suami aku pun ada sms cara nak guna produk ini. Bagus sungguh... dia bagi arahan dengan detail sekali.
Esoknya aku ke office, wow tak gatal langsung... memang bagus dan kena dengan aku. Aku terus batalkan niat nak ke klinik. Dah 3 hari aku pakai produk ini. Aku just nak share produk yang bagus kepada korang semua...dan aku bukan ejen pon. aku beli dengan harga biasa. 2 produk ni aku dapat harga 70 ringgit. Terima kasih JSD kerana selesaikan masalah saya...Semoga JSD maju jaya dalam berbusiness...
Thursday, August 29, 2013
Sambutan hari raya PNMB
Tema PNMB open house kali ini ialah Citrawarna Aidil Fitri. Seperti biasa company aku ni tak gempak la kalau tak jemput artis untuk jadi pengacara open house kan...so kali ini turn Nabil dan Jehan menggantikan Angah dan Sharifah Sahirah tahun lepas.
Memang lawak habis la mereka berdua ni. Aku pun dia nak sakat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau ada satu dua orang yang masih bercakap-cakap. Biasalah rumah siap pahat masih berbunyi. Tapi aku tak kisah lah.... memang ada sepisis manusia yang tak bersyukur atas muka bumi ini. Kenapa aku cakap cengitu adalah kerana aku terlibat sama dalam kerja-kerja belakang tabir ni...heheh muahaahaha...silalah layan pic kat bawah 2 ketol ini. sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa dah... sebenarnya entri ni dah lama masuk tapi tak tau kenapa ada porblem sikit....

Tengok la si nabil tu... sempat lagi nak melawak
Semua yang telibat menjayakan Citrawarna Aidil Fitri hari tu
Labels:
Cerita tentang aku
Wednesday, August 28, 2013
Kenapa perlu refinance rumah
Hari yang ditunggu-tunggu oleh pekerja semua adalah hari gaji. Gitulah rutin kalau kerja makan gaji kan. Kena tunggu akhir bulan tiap-tiap bulan untuk menikmati gaji. Tapi aku tidak la begitu nikmat bila time gaji ni. semua habis ke membayar hutang piutang. Rumah, kereta, credit card, internet, pengasuh etc.... adoi last sekali duit yang tinggal tak banyak mana...huhuhu. Kan best kalau aku ada kemahiran untuk membuka business sendiri kan...hehehe...
Streess dengan account yang tinggal sikit tu, aku pon try google macam mana nak refinance rumah yang aku duduk sekarang untuk aku langsaikan semua hutang aku dan hanya focus dengan satu hutang je...iaitu hutang rumah....ermmm...agak menarik...meh aku share info dibawah ini
Terdapat banyak sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;
Jimat Interest dan Duit
Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.
Menurunkan Ansuran Bulanan
Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.
Mengambil Kesempatan Skor Kredit Yang Lebih Baik
Walaupun dalam situasi kadar interest BLR masih tinggi, anda masih boleh refinance dengan kadar interest yang rendah. Ini kerana kemungkinan skor kredit anda bertambah baik sejak anda mendapat pinjaman dulu.
Membiayai Kos Pendidikan Anak-Anak
Apabila nilai rumah anda naik dan baki pinjaman anda telah berturun selepas bertahun-tahun membayar ansuran bulanan, ekuiti anda akan bertambah. Ekuti merujuk kepada bahagian nilai rumah anda yang dimiliki anda selepas membayar semua pinjaman perumahan. Akan tetapi ekuiti anda perlu ditukar kepada tunai sebelum ianya dapat digunakan. Cash-out refinance merupakan cara pemilik rumah boleh “menukar” ekuiti kepada tunai. Tunai tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos pembelajaran anak-anak.
Membayar Hutang Kadar Faedah Tinggi
Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang anda. Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit. Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).

Tetiba nak tahu tentang fakta
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)