Hari yang ditunggu-tunggu oleh pekerja semua adalah hari gaji. Gitulah rutin kalau kerja makan gaji kan. Kena tunggu akhir bulan tiap-tiap bulan untuk menikmati gaji. Tapi aku tidak la begitu nikmat bila time gaji ni. semua habis ke membayar hutang piutang. Rumah, kereta, credit card, internet, pengasuh etc.... adoi last sekali duit yang tinggal tak banyak mana...huhuhu. Kan best kalau aku ada kemahiran untuk membuka business sendiri kan...hehehe...
Streess dengan account yang tinggal sikit tu, aku pon try google macam mana nak refinance rumah yang aku duduk sekarang untuk aku langsaikan semua hutang aku dan hanya focus dengan satu hutang je...iaitu hutang rumah....ermmm...agak menarik...meh aku share info dibawah ini
Terdapat banyak sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;
Jimat Interest dan Duit
Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.
Menurunkan Ansuran Bulanan
Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.
Mengambil Kesempatan Skor Kredit Yang Lebih Baik
Walaupun dalam situasi kadar interest BLR masih tinggi, anda masih boleh refinance dengan kadar interest yang rendah. Ini kerana kemungkinan skor kredit anda bertambah baik sejak anda mendapat pinjaman dulu.
Membiayai Kos Pendidikan Anak-Anak
Apabila nilai rumah anda naik dan baki pinjaman anda telah berturun selepas bertahun-tahun membayar ansuran bulanan, ekuiti anda akan bertambah. Ekuti merujuk kepada bahagian nilai rumah anda yang dimiliki anda selepas membayar semua pinjaman perumahan. Akan tetapi ekuiti anda perlu ditukar kepada tunai sebelum ianya dapat digunakan. Cash-out refinance merupakan cara pemilik rumah boleh “menukar” ekuiti kepada tunai. Tunai tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos pembelajaran anak-anak.
Membayar Hutang Kadar Faedah Tinggi
Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang anda. Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit. Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).