Sunday, June 17, 2012

Satay Kajang

Hari ni cuti, seperti biasa tak ada plan pon nak kemana-mana. Ilham kerja pulak. aku dan anak-anak duduk rumah sambil2 buat apa2 yang patut. Petang tu lepas ilham balik kerja dia ajak pergi makan satay. Kalau satay tu harus lah ke kajang kan...baru nama makan satay kajang. Semua perut sedang lapar sebab aku tak masak petang tu, ingat nak masak lepas encik somi balik kerja, tapi dah dia ajak makan luar...yuh lega yahooo tak yah masak le aku. So, bayangkanlah tahap kelaparan anak-anak aku masa tu kan....hehehe zalim betul aku kan...

Duduk je kat meja tu, ilham tanya nak berapa sebab dia nak gi beratur beli. Terus aku cakap errr berapa nak oder. ilham cakap suka hati ila le...hehehe okey lah cengitu... "bagi 20 ayam 20 daging" hehehe sambil mata bersinar...gembira la tuuuu...siap tambah nasi impit + bawang potong ye...aku kalau tak ada bawang rasa macam tak makan satay...at lease bawang tu boleh potong rasa mual sikit...

Posing before makan

Tention tul kalau nak mengambil pic bdk bujang ni!

Beberapa minit kemudian, sampai lah satey 40 cucuk yang diminta. Si budak dan mak budak yang lapar terus melahap tak hengat.

Gambar goyang sebab x snap guna hp murah jek




Sunday, May 20, 2012

Tutti Frutti

Aku dan ilham bukan seorang yang suka pergi ke kedai 'pelik-pelik'. Tapi bila ramai kawan aku dah tray tutti furtti ni kan, jadinya nafsu untuk aku mengajak encik laki pergi tu tinggi lah. Akhirnya aku berjaya bawak mereka semua makan disitu. 1st time makan tutti frutti ini, rasanya masam. jenuh juga aku mahu habiskan.Konsep dia adalah based on berat frozen yogurt dan topping yang diambil. So time nak ambil mangkuk tu pilih yang kecik jek, memang syok je mengisi...tup...tup nak ko kena bayar 15 hinggit 1 cup...hahaha




 Ini kebaikan Tutti Frutti yang aku google.

1. Dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Menurunkan kadar kolestrol.
3. Menguatkan sistem imunisasi badan dan banyak lagi...

Secara keseluruhannya aku suka dengan konsep kedai Tutti Frutti ni. Kedai nye cantik nampak bersih je..dekorasinya pun walawey cun. Mungkin kombinasi warnanye yang hijau apple tu kot. nampak segar bila masuk.

Sunday, May 13, 2012

Balqis sport day

Hari sukan balqis berlangsung pada hari Ahad 13 May 2012 di Universiti Malaya. Sehari sebelum tu aku dan ilham sibuk mencari sport shooes dan track sut untuk dipakai pada hari itu. Ini kes tak pernah berjoging atau membuat aktiviti riadiah sebab tu agak kalut juga. Pagi-pagi dah gerak ke UM sebab aktiviti akan berlangsung pada pukul 9.00 am. sebelum pukul 8.30 am semua parent kena daftar anak mereka di booth sekolah masing-masing.

Biasale..dimulakan dengan perbarisan semua SR yang mengambil bahagian.
Pastu nyanyi2 kemudian acara pon dimulakan

Aksi balqis kepit bola. Tapi bola dah terlepas daaa...:))


balqis buat muka cute time dapat medal!