Termenung di luar jendela… ada ke jendela..haha bukan.. termenung atas
katil sebenarnya. Asik-asik scroll mobile FB..fuhh boring betul cuti –cuti ini.
Anak-anak sibuk main sesuka hati mereka. Bila anak-anak dah besar ni kan,
diorang tak hirau kita dah. Jarak anak aku beza 2 tahun je. Memang kamching mereka
berdua tu. Kekadang aku sekodeng jugak apa mereka buat. Jadi cikgu-cikgu le,
main colour-colour la, buat origami la..huhu..
Apa aku nak buat ye..bila cuti sabtu ahad, laki aku kerja hari sabtu. Kalau
ada projek siang malam kerja. Ahad pula biasale still ada peruntukan masa untuk
hobi dia tu, pikat burung hehe..memang macam kelakar kan..moden-moden sekarang
masih lagi minat burung. Yes itulah suamiku..peminat burung tegar. Setiap ahad
dari pagi pukul 8@9 dah kuar then pukul 1-2 petang baru balik. Tapi tak
kisahlah..biarlah dia release tention..
Hish tak boleh jadi ni, apa pulak hobi aku..kahkahkah... Last month baru
start hobi baru aku ni, hobi yang perlu dapat duit..hahaha aku start meniaga
sengkuang calit. Sebenarnya time aku start nak berbincang pasal hobi baru aku
ni pada encik somi, dia boleh gelakkan aku..macam biasalah kan ilham tu, tak
ambik pusing apa yang aku cerita. Memang betul kata orang, kalau nak mengumpat ceritalah
pada suami sendiri, nescaya dia boleh simpan secret tu sampai bila-bila, sebab
dia akan lupa apa kita cerita. Hahaha..
Aku start search internet kat office, nak cari pembekal sos merah dan
kacang...apa buat sendiri??oh tidak, aku tak tahu nak buat sos tu. Dan aku rasa
untuk hobi aku buat masa sekarang baik aku beli sahaja..taraa..jadilah hobi
baru aku yang mendatangkan duit..meterialistik juga aku ni..
Satu hari aku decide untuk set appoiment denga si pembekal sos sengkuang
ni..MrDaddy Din. Aku baca blog dia ni. Aku rasa muda lagi budak ni. Tapi semangat
dan tengok gaya cakap memang ada gaya usahawan berjaya. Seronok tengok
anak-anak melayu semangat macam Mr Din ini. Untuk permulaan aku beli satu set
sos merah+sos rojak+kacang untuk start berniaga aku...untuk marketing aku
decided untuk beli sekali bunting untuk aku gantung time aku niaga..OK urusan
sos telah selesai. Thank you Mr Din.
Aku bawak balik rumah, ilham mula tanya aku. Aku cerita pada dia pasal hobi
aku nak niaga sengkuang calit. Wahhh so serious...tu reaksi pertama ilham..Yes
ila memang serious shitt..hahaha.. Bila dia tengok muka aku yang confiden
giler, dia memang tak condem aku waktu tu. Terus dia tanya nak beli apa lagi
sekarang..wahhh tu tanda dia sokong tu..ilham siapa tak kenal ilham..aku memang
dah masak dengan perangai luar dalam dia hehe...Ila nak box untuk simpan
sengkuang. Ham tolong carikan ye..Esoknya aku balik kerja dah nampak 2 biji box
air batu atas meja makan. Satu kecik satu besar. Aikk aku suruh beli kecik
je...dengan pekej besar sekali dia beli...Yang besar tu boleh jual air mineral
atau air tin...tu jawapan dia bila aku tanya..Oh dia lagi advance dari aku...ok
la aku ikut je..
Esok Sabtu adalah hari pertama untuk aku start niaga. Petang jumaat dia ajak aku pergi cari buah
sengkuang. Tengok reaksi ilham, dia paling exited nak tolong aku..dia lebih
semangat aku tengok..Kedai buah area Taman Putra. Kedai yang biasa dia beli
buah untuk anak-anak burung kesayangannya itu..sekilo 2.50 aku tengok
harganye..boleh tahan mahal gak..Tapi harga laki aku beli dapat le sekilo
1.90....murah la kan..
No comments:
Post a Comment