Mukadimah apa yang harus aku
ucapkan untuk memulakan cerita dipagi yang sangat membosankan ini. Aku kerja
hari ini, ya kerja aku semua telah beres, tiada lagi kerja pejabat yang harus
aku lakukan. Report telah dikemaskini. Hanya menunggu masa untuk balik. Sekarang
baru 9.30 am ada 8 jam lagi aku harus tempuhi rasa kobosanan aku. Sepertinya
aku dah tahu apa yang akan berlaku nanti. Rutin dipejabat sentiasa sama.
Baiklah, aku akan bercerita tentang perkara semalam, semalam banyak sangat
makanan masuk dalam perut aku, pagi sarapan mi goring sebungkus lauk paru goreng,
tengah hari plan aku sememangnya tak mahu keluar makan. Tetapi dek ajakan
kawan, aku gagah juga, habis sepinggan nasi ayam kampong Bandar Tun Razak aku
ngap…
Sampai pejabat, kepala aku dah
ting tong. Mungkin angin dah masuk kepala. Sebenarnya aku jarang makan banyak.
Dulu memang aku ada pengalaman gestrik. Gestrik ni tak boleh tak makan, makan
banyak pon tak boleh. Dan now, tanggunglah akibatnya sendiri. Nak tunggu pukul
5.30 pm lagi dua jam…sangat seksa. Aku wassap ilham untuk tolong ambil Adam
sekali kakaknya. Selalu Adam memang aku yang ambil sekali jalan aku balik
kerja. Tapi semalam memang tak tertanggung, aku memang nak cepat balik basuh
kepala. Rasa macam bom nak meletup dalam kepala aku ni. Aku memang kerap sakit
kepala, kekadang punca makanan, stress.
Sampai je di rumah. Aku terus
campak segala barang dan terus masuk bilik air…aku buka shower dan biarkan air
menyiram kepala aku…adoiiii kurang sikit rasa sakit…tapi denyutan tu memang
terasa sangat. Lepas mandi aku cuba keringkan rambut dan baring. Aku cuba untuk
lelapkan mata. Habis satu kepala dahi telinga leher aku sapu dengan tiger bum.
10 minit kemudian ilham balik rumah. Biasalah aku malas nak mengadu lebih-lebih
pada dia yang aku sakit kepala. Dah tahu jawapan dia apa. Biarlah aku tanggung
sendiri sakit ini. Aku ingat Allah banyak-banyak, dosa aku memang banyak.
Ampunilah ya Allah. Aku mahu menjadi hambamu yang taat.
“Nak masak ke beli ?” tanya
Ilham. Dalam hati dah nampak aku berkeadaan begitu, lagi mahu tanya nak masak.
Aku jawab balik “Nak masa ham masak la, ila memang sangat tak larat”. Aku nak
angkat kepala pun tak sanggup, nak celik tengok lampu pun tak tahan. Kepala sakit
sangat. Tapi tak sesakit hati bila ayat yang mengguris hati aku keluar dari
mulut ilham. Tak perlu aku tulis disini. Macam biasa kalau tak kena dihati dia
pasti akan keluar perkataan pedas yang keluar. Aku cuba untuk lupakan. Pujuk
hati, macam tak biasa dengar ayat macam tu. wahai hati pekakkanlah hati ini…
Tapi aku tahu perangai ilham, dia
memang kasar, tapi ada perasaan sayang kat aku lagi…tapi tak tahu sayang atau
kesian… “Ko nak makan apa?” “Ila nak pesan panadol active fast dan 100 plus je.
makan tak nak”. Aku rasa nak termuntah bila teringat tentang makanan. Ye aku
memang tak boleh makan malam ni. Lebih baik aku gunakan untuk tidor dengan
harapan bangun dari tidur nanti terus lega sakit aku. 7.30 pm sampai 8.30 pm
aku tak boleh tidur, aku memang kena telan panadol juga ni, ilham dan anak-anak
tak balik lagi. Aku wassap tanya lambat balik lagi ke? aku memang tak tahan
sakit kepala. Aku nak panadol tu. 10 minit kemudian diorang balik…Dengan suara
ceria anak-anak. Aku bangun capai
panadol yang diletakan atas meja, sebenarnya aku terasa sedikit dengan perkara
ini, entah lah perkara remeh pon kekadang boleh jadi punca terasa hati aku, nak
period kot..Dia tahu aku baring dalam bilik tapi tak de pun nak pegang aku bagi
panadol tu pada aku. Tapi dek kerana tak tahan aku terus bangun dan ambil atas
meja makan terus ambil air kat dapur dan telah 2 biji panadol. Jalan aku nak
kembali semula ke bilik sempat aku jeling ilham. Duduk di sofa sambil tengok
tv. Astro dan sambung semula…Adam orang yang paling happy. Sebab dah lama ilham
tak bayar astro. Dan dah kena potong. Biasalah ilham memang jenis macam tu,
bil-bil rumah memang dia yang tanggung, tapi aku tak paham kenapa bil-bil yang
sikit tu pon boleh tertunggak sampai beratus-ratus. Tu belum lagi bil elektrik.
Argg aku malas nak fikir pasal bil tu. Kalau nak compare gaji dia aku rasa gaji
dia lagi banyak, tapi tak tahu habis ke mana. Perbelanjaan yang dia kena cover Cuma
bil-bil rumah, belanja dapur dan pengasuh. Tu pun indah water tak pernah bayar…bila
nak kuar surat mahkamah aku juga yang cover. Pengasuh, aku juga yang kena
dahulukan bayar. Aku paham kerana cukup bulan gaji aku kuar. Tapi kalau
fikirkan balik memang aku tak merasa nak pegang lama gaji tu…26hb masuk gaji
sebelum 30hb dah habis bayar semua hutang. Dan duit belanja aku Cuma mengharapkan
belas ekhsan ilham untuk bayar utang pengasuh yang telah aku dahulukan duit
gaji aku tu…sedih…tapi hidup perlu diteruskan juga. Tak sabar nak tengok
anak-anak aku bersar dan boleh tanggung aku. Ilham selalu marah kalau aku cakap
macam tu. Dia cakap macam aku ni harapkan balasan. Tapi entahlah, aku kuat
untuk kerja ni pun sebab banyak tanggungjawab yang hendak aku galas di bahu
aku.
Aku tertidur lepas telan 2 biji
panadol. Aku terjaga pukul 11 malam. Owh aku tak solah isyak lagi, terus aku
bangun untuk solat, lepas solat aku jenguk ke bilik anak. Anak-anak aku dah
tidur, penat sekolah. Kesian…aku tak dapat nak tengok diorang buat homework
tadi. Adam pun tak minum susu. Selalu memang aku yang buat susu untuk adam.
Adam tak berani nak mintak kat ilham, kalau mintak pon 9/10 belum tentu lagi
dia nak buat…
Aku pergi ke dapur untuk minum
air, terasa kering tekak. Aku pandang ilham tidur di sofa luar, hermmm…aku
malas nak kejut. Nampak penat. Aku terus masuk bilik untuk sambung tidur…Malam
tu sebelum tidur aku cuba lelapkan mata, teringatkan peristiwa-peristiwa sedih,
teringatkan emak aku kat kampong. Ya Allah panjangkan umur emak aku dan bagi
dia kesihatan yang baik…amin…
No comments:
Post a Comment