Thursday, February 23, 2012

Selamat tinggal langkawi

Akhirnya samapai masa nak balik ke Kuala Lumpur. Takkan nak duduk langkawi lelama kan. Kopak duit mak, sampai masa untuk berkerja pula, kumpulkan semula duit2 yang telah dilaburkan sepanjang berada disini dan Insyallah akan kami kunjungi mu semula oh langkawi...cehwah!

Aktiviti kami sebelum check out hotel pukul 1 petang tu.

Pagi2 pukul 7.30 dah bawak anak2 main pantai, sebab kalau dah matahari timbul ramai le mat&minah salleh buat aksi baring tepi pantai...x sesuai untuk pemandangan kanak2. :)

Kasih papa melayan anak2


Posing atas jetsky yang tak mampu kami beli untuk
korang sayang...(kalau nak beli pon wat apa kan :)))

Pemandangan depan hotel kami

Dekat Airport Langkawi sedia untuk balik KL

Muka kami yang letih setelah penat melancong & bershoping.
Goodbay langkawi sampai jumpa lagi!! I love Langkawi!! 


-TAMAT-

Wednesday, February 22, 2012

Underwater world Langkawi

Sebelah petangnya, setelah puas menaiki kereta kabel kitaorang pun bergerak pulang ke hotel. tetiba kami terpandang Underwater world di jalan pantai cenang, kemudian ilham decide pergi kesitu setelah kiteorang makan tengahari.

Pic ni aku google sebab camera kami terlupa nak snap.

Tempat ini rasanya tempat impian aku masa kecik dulu kot. Masa tu selalu tengok rancangan yang pergi ke Underwater world negara lain macam Austraralia dan Singapura. Tapi sekarang aku macam tak ada perasaan nak masuk. Tetapi disebabkan zaman kecik aku x tercapai, so aku gagah jugak masuk dengan harapan anak2 aku x jadi macam aku le...hahaha...
Hasilnya memang mengembirakan kerana dua orang budak kecik
ini memang keseronokan yang amat ketara.


Aku & Ilham pon keseronokan yang amat ketara juga!!!

Tempat bergambar berbayar jika menggunakan khidmat jurugambar
Underwater World. Tapi kami FOC sebab guna jurugambar tak bertauliah.

Ilham aka jurugambar tak bertauliah pulak yang over excited mengambil gambar2 binatang2 kat situ. Mak Layan jelah...ini beberapa gambar bukan ahli keluarga kami yang dia berjaya snap.





                                                                               



Langkawi Cable Car

Pagi-pagi plan memang hendak ke Skycab langkawi aka Kereta Kabel langkawi. Teruja sangat2 sebab orang kata syok. Kereta kabel ini terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi. Kiteorang memang berhajat untuk naik ke puncak gunung yang tingginya 713 meter tau. Panorama gunung batu kapur yang dikabarkan berusia 500 juta tahun ini memang menarik. Lagi satu faktor kami teruja sebab kereta kabel langkawi merupakan kereta kabel yang terpanjang di dunia. wah gitu...! kami anak beranak telah menaiki dan menikmati pengalaman ini...Malaysia boleh!

Tak paham dengan perangai anak bujang ni, buat aksi gitu time papa dia suruh ready.


Dapat pon ambik pic dia, tu pun dah bagi warning x naik kalau tak berdiri betol2. Antara yang terawal berbaris ( 9.00 am), kosong lagi tempat membeli tiket tu. Keadaan di Oriental Village (kaunter tiket kereta kabel) pada pagi tu tak la sesak sangat. Kami diantara pelancong yang terawal disana. Lama-kelamaan orang semakin ramai. Tepat pukul 10.30 am kaunter dibuka. Nasib baik sampai awal, dapatlah tempat ketiga daripada barisan yang memanjang macam ular kena palu.
Memasing muka gayat.

Muka gayat buat2 macho.

Panjang perjalanan dia ialah 2.2 kilometer. Tinggi mencanak naik 713 meter. Kalau cuaca cerah, boleh lah nampak keseluruhan pulau langkawi, kawasan utara Thailand dan barat daya Indonesia. Memang tinggi puncak kereta kabel ini, sehingga perjalanan gondola kereta kabel ni mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kiteorang terasa seperti terapung-apung kat atas hutan Pulau Langkawi dan air terjun. Gondola yang disediakan ada 4 tempat duduk, ianya tak berhenti tau, so kena cepat-cepat untuk menaikinya dan turunnya.  Rugi kalau tak naik weii...sebab ada juga one of my friend tak dapat naik sebab cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan. Alhamdulilah kami sekeluarga dapat merasainya...





Mintak tolong pelancong dari China tangkap gambar ni. Senget benget, mungkin x biasa guna camera kami yang cap ayam to kot...:(