Monday, February 20, 2012

Makam Mahsuri

Setelah makan tengahari di kedai area Kuah. Ilham suggest hari pertama lawatan adalah ke Makam Mahsuri. Aku idok le axcited sgt...tapi tak pe ikut je, Lawatan kami ini ala-ala rombongan sekolah. Sampai disana kami terus ke muizum mahsuri. Tengok le apa-apa yang dipamerkan disana. Kamera tidak dibenarkan disini. so tak ada la pic sangat kat dalam tu...Apa yang ada kat sini, ada Muzium, teater traditonal dan rumah Kedah, Perigi Mahsuri, tempat canting batik, lukis potret, dan macam-macam lagi.


Gemok nye aku!..Ni depan pintu masuk


Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks kota Mahsuri. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.


Bersama suami terchinta.

Belakang tu kubur Mahsuri

Ini tempat chanting batik.

En Ilham post macho:)

Cantik kan rumah ni berserta tetamu yang lepak kat bawan tu..

Alatan tradisional menumbuk padi


Ini aku tak pasti alat untuk apa. Tapi semua ada kat sana.

Ini pon.macam bekas simpan padi kot.

Tengok masih kukuh kan tangga ni...

Kelasik betol rumah ni, macam rumah kat kampong time aku kecik2 dulu

Dalam tu ada jual servenior. Tapi aku tengok2 jek


LANGKAWI PART 2

Selepas selesai meng kenyangkan semua perut pagi tu...Aku dan Ilham mula untuk cari hotel2 murah untuk kami rehat kejap sebelum memulakan aktiviti-aktiviti yang kami create sendiri...hehe


Tak sanggup nak post gambar hotel tu..tapi aku post gambar view dari pintu hotel budget kami tu..syok wo...pantai cenang tu...

Kenapa kami pilih nak duduk dekat area pantai cenang, sebab area sini happening. Malam-malam sepanjang pantai ada pasar malam ala-ala down town kat kl gitu lah...pastu senang nak cari makan. banyak kedai makan area sini, tapi bising sikit le, sebab hotel yang kami duduk ni bersebelahan dengan pub. so malam2 tu layan le lagu2 yang best tu...ermmm kalau ada anak kecik aku tak suggest duduk sini lah ye...sebab bising. Tapi pukul 1 dah ok, diorang tak le bukak sampai lewat pagi...

LANGKAWI PART 1

Sebenarnya famili trip yang aku buat ni telah dirancangkan setahun yang lepas, ini gara2 Promo Air asia tambang murah lah...kalau tak kerana Fidah yang suruh sure aku tak berpeluang nak terbang bawak anak-anak dan laki ku pergi...
First time naik aeroplane..peace!!

Kami gerak ke LCCT pagi-pagi buta, atas jasa baik adik ipar aku, dia yang menolong menghantar kitaorang ke airport... Siapa yang paling acitod hehehe...anak-anak aku le...walau sebenarnya aku dan ilham yang nak melompat! kikiki...di LCCT singgah brekfirst kejap, then check in flight pukul 7.45 pagi...Alhamdulilah pukul 8.45 kami tiba sampai di Langkawi...syoknya...tak sabar nak mulakan our jorney....



Rasanya kamilah antara orang yang paling awal tiba di langkawi itu...

Alhamdulilah syukur kami semua selamat tiba di Langkawi. Semuanya kali pertama menjenakkan kaki disana. Pesanan pertama yang ilham bagi kat aku ialah "Sediakan check list tempat-tempat yang nak pergi sepanjang di langkawi" hehehe  aku sengih jek. Beres....itu memang kerja aku aka pemandu pelancong :))

Selesai check out, 1st sekali yang perlu aku buat ialah cari encik MAP...tetiba terasa macam ala-ala touries dari oversea gitu-gitu...sepanjang jalan keluar airport Langkawi banyak sangat ejen-ejen kereta sewa kat situ yang turut menyediakan tempahan penginapan. Hehe...aku mintak ilham cari diantara banyak-banyak tu ada satu tempat yang kaunter dia tak ada orang...ilham cakap dia kesian kat mamat tu, so kami pon singgah le kat kaunter dia...dari jauh dia dah senyum-senyum siput kat kitaorang. Sampai jek depan muka dia, dia cakap "bang...orang pertama singgah sini, saya bagi abang special price...hehe dia offer kereta mahal2, then aku cakap aku nak yang paling murah dan save minyak...kikiki...terus dia cakap ViVa...ilham cakap ok lah viva bukan nak merempit pon...orite viva untuk kami sekeluarga harga 50 ringgit sehari. 3 hari kat sana so kena bayar 200 ringgit + 50 ringgit untuk deposit...

Sementara tunggu kereta kami sampai.