Thursday, August 1, 2013

Puak Sunni dan Puak Syiah

Apakah perbezaannya antara puak sunni dgn puak syiah?

Puak sunni kumpulan orang Islam yang berpegang kepada Al-quran,Al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Syiah ialah satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. Penyelewengan ajaran Syiah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu penyelewengan dari sudut akidah, syariah dan umum. Di antara penyelewengan dari sudut akidah ialah khalifah diwasiatkan secara nas, Imam adalah maksum, bersifat taqiyyah, penyanjungan yang terlalu tinggi terhadap Saidina Ali, mengkafirkan para sahabat Rasulullah, menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraish serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.

Penyelewengan dari sudut syariah ialah menolak ijmak ulama, menolak Qias, mengamalkan nikah mut'ah. Sementara penyelewengan umum ialah menziarahi kubur Saidina Husin ganjarannya syurga, menyeksa badan sempena 10 Muharram, menghina isteri-isteri nabi dan mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan. Untuk keterangan lanjut sila dapatkan buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah terbitan JAKIM tahun 1996..

Golongan Syiah (Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah) adalah golongan yang tidak termasuk dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ini kerana akidah dan syariah yang dihayati oleh mereka adalah berbeza dengan ASWJ.Antara perbezaannya adalah seperti berikut:

1. Khalifah diwasiatkan secara nas.

2. Imam adalah maksum

3. Berpura-pura

4. Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.

5. Mengkafirkan para sahabat Rasullah

6. Menghalalkan nikah Mutah

7. Menolak Ijmak Ulama'

8. Menolak Qias

9. Menambah syahadah

10. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah

11. Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan

12. Islam bukan syarat wajib haji.

Golonga Syiah terbahagi kepada banyak kumpulan, ada yang melakukan perkara yang boleh membawa kepada kekufuran seperti mengkufurkan sahabat dll dan ada yang sebaliknya. Jika ada pengikut syiah yang mengkafirkan saidina Abu bakar, Aisah, Saidina Umar, Hafsah dan sebagainya mereka tetap kufur dan terkeluar dari Islam walaupun mereka adalah Syiah Jaafariah atau Zaidiah. Sebahagian besar Syiah Jaafariah ada yang mengkafirkan sahabat nabi s.a.w. Ini yang menimbulkan masaalah dalam hubungan antara ummat Islam khasnya sunnah dan syiah.