Tuesday, July 16, 2013

Sakit Tulang Belakang - Slip Disk

Back Pain - Slip Disc (Sakit Tulang Belakang - Slip disk)
 
Rentetan daripada post sebelum ini, saya masih ingin lagi ingin memahami bagaimana penyakit ini boleh terjadi. Melalui pembacaan saya, sakit tulang belakang disebabkan oleh banyak faktor. Hanya 1 orang diantara 25 orang yang menanggung kesakitan bahagian abdomen bawah disebabkan oleh Slip Disk. Slip Disk adalah keadaan dimana kesakaitan akibat saraf yang tersepit dan tertekan. Tanda utama slip disk adalah kesakitan bahagian tulang belakang dan Sciatika. Sciatika adalah kesakitan yang menyeluruh kebahagian bawah abdomen melalui punggung dan bahagian kaki.
 
Sakit Bahagian Tulang Belakang - Kesakitan akibat Slip Disk bermula dari pelbagai cara. Anda akan merasa sakit dibahagian bawah tulang belakang selepas aktibiti yang jarang anda lakukan, seperti menyapu. Selepas beberapa jam kemudian anda mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga anda tidak dapat bergerak dengan selesa. Kadangkala anda mendapat kesakitan secara tiba tiba seolah olah ditikam dari arah belakang dengan pisau. Kesakitan ini boleh menghalang aktibiti biasa anda.Di tahap ini berjumpalah Doktor anda untuk pemeriksaan sekiranya pergerakan amat terbatas akibat kesakitan ini.